~~PlaYlisT~~

Followers

Saturday, February 15, 2014

Tips Mencari Kerja :)



1) Betulkan niat kerana ALLAH.

Setiap kali memohon kerja kenalah sentiasa ada sikap sabar, mindsetkan pemikiran yang kerja ini semua ALLAH yang tentukan. Niatkan kerja yang dicari hanyalah untuk mendapat keredhaan ALLAH.

2) Gunakan semua medium untuk mencari pekerjaan

Seeloknya risiklah dengan kawan2 yang telah mempunyai kerja yang tetap berkaitan kekosongan kerja. Kawan mungkin dapat meembantu kita supaya memilih kerja  yang kita suka kerana kita dapat lihat keseronokan yang terpancar di wajah kawan kita sendiri. Untuk mencari kerja seeloknya diiringi dengan doa, solat hajat pada tengah malam. Lakukanlah dengan istiqamah supaya menunjukkan kesungguhan kita yang telah berusaha dan bertawakkal kepada Allah sesudah usaha. Medium lain, memohon kerja di Jobstreet, dengan google iklan jawatan kosong yang terkini.

3) Sentiasa kemaskini data Curriculum Vitae.

Jadikan suatu kebiasaan untuk melihat resume untuk melihat kekurangan diri. Dari situ mungkin mempersiapkan kita untuk proses temuduga. Sebolehnya, cari pengalaman kerja selama setahun kerana kebanyakan majikan memerlukan pengalaman sekurang2nya setahun. Pada peringkat permulaan janganlah terlalu memilih kerja jika kita sukar untuk menemukan kerja yang cocok. Carilah kerja yang dapat menambahkan nilai tambah diri, jika kita merasa tidak selesa dengan kerja kita paling tidak pun bertahanlah setahun kerana pengalaman kerja itu penting. Tetapi jika persekitaran kerja yang kurang baik untuk pendidikan spiritual kita sebagai contoh tempat kerja yang tidak menyediakan surau untuk solat dan tidak membenarkan rehat yang secukupnya untuk solat sebaiknya berhentilah dan cari kerja yang lain. Kerana kerja yang mendapat keredhaan ALLAH akan memberikan kebahagian kepada hati kita. :)

4) Menghadiri seberapa banyak seminar kerjaya, temuduga

Salah satu cara yang paling baik untuk setiap dari kita untuk menjadi yakin bila berhadapan dengan orang ialah dengan menghadiri seberapa banyak temuduga. Mindsetkan dalam diri bahawa temuduga merupakan salah satu medium untuk kelas pembelajaran yang tidak langsung untuk pembaikan diri supaya yakin bila berhadapan dengan penemuduga. Jangan jadikan alasan, bila kita banyak kali pergi temuduga dan tidak dipanggil untuk melaporkan diri bekerja sebagai suatu kegagalan. Juga jadikan tempat2 seperti karnival kerjaya sebagai tempat untuk bertemu dengan wakil syarikat secara langsung untuk bertanyakan perihal kekosongan jawatan yang sesuai dengan kita dan bertanyakan secara langsung berkaitan ciri2 pekerja yang mereka cari.

5) Menghadiri seminar dan kursus profesional untuk pemantapan diri.

Ambillah seberapa banyak peluang untuk menghadiri seminar dan kursus yang berbayar mahupun tidak. Ini merupakan sebagai langkah permulaan kita untuk membina skill2 tambahan, dan membina hubungan korporat dengan orang lain. Mungkin pada masa akan datang, kita diberikan peluang membuka perniagaan sendiri dan menghadiri seminar serta kursus berkaitan perniagaan amatlah sesuai untuk mendidik kita supaya mempunyai jiwa usahawan.

Dan tips yang terakhir ialah sentiasa mencari kerja yang halal, insyaALLAH bila kita mencari yang baik ALLAH akan membalas dengan ganjaran yang terbaik.


Selamat berjaya semua :)





No comments: