~~PlaYlisT~~

Followers

Saturday, October 30, 2010

lumrah hidup....(^_________^)

salam,,,,,,
semalam tetiba jer aku rasa sensitif ngn kawan aku sorg ni...aku buat perangai...
emm,,perangai budak2 yang tak pernah ilang dari dulu lagi...tapi alhamdulillah aku dapat memperbaiki hubungan ini...
aku marah at first sbb reason yng kecik,,tapi alhamdulillah....
lepas selawat ati rasa tenang sikit...YA ALLAH ,,hanya ALLAH yang tahu betapa gundah hati aku..gundah memikirkan semua perkara ..masalah yang tidak akan dikongsi dengan sesiapa..tapi insyaALLAH,, aku yakin dan percaya dengan kuasa ALLAH dan keyakinan aku  ALLAH akn membantu aku..pernah aku terfikir yang sememangnya terpesong dari hayah muslim...tapi insyaALLAH,,dengan keyakinan aku ini ,aku akan kuat...kuat untuk menghindarkan diri untuk melakukan apa yang aku fikirkan..AMIN..
semuanya ini lumrah kehidupan ,,aku pernah terbaca jika kita cuba dan terus mencuba untuk menghindarkan diri dari perkara yang menjadi larangan tuntutan islam, insyaALLAH Semuanya kan baik2 saja dan dikira sebagai salah satu jihad..
silap kita tidak cuba untuk mendekatkan diri kepadaNYA...
Lusa adalah hari ketiga exam ,, undang2 perniagaan ...berusaha baseet,,usaha yang engkau lakukan pastinya akan terbalas...
biarlah panggilan call aku untuk ibuku setiap minggu event setiap hari itu hanyalah call aku sesaat biarlah menjadi saat aku melepaskan kerinduaan,,insyaALLAH aku akan mendapat keredhaan itu....>redhALLAHU fi redhal waalidaini...
aku sayang ibu dan ayahku,,dengar lagu nasheed yang syahdu,,aku ,hatiku khususnya luluh dan mampu menagis teresak.....
itulah,, ibuku dan ayahku yang menjaga 12 anaknya,, BERSYUKUR kami dikurniakan ayah dan ibu sepertimu.,,,
walaupun aku tahu,, susah payah terpaksa berhutang sana sini,, kami tetap makan seperti orang biasa..
TERIMA KASIH IBUKU...AYAHKU.......
dirimu tidak ternilai.......
doaku untuk dirimu tiap hari>>>
robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayani soghira...AMIN....

Friday, October 29, 2010

salam...
salam tak terkata dari aku....paper finance ku dah lepas..hihi,,xmaola cerita blh wat atau tidak,,aku gembira coz beban yang kedua dah hilang...akhirnya!!beban berkurang dan semakin berkurang,,selepas ni mulala permulaan baru bg bdk2 accounting...dua paper yang dulu adalah kira2  yang berdasarkan formula, tapi skunk paper law yang memerlukan kita menghafal satu buku....wawawawawa< nak nangis aku dibuatnya (nak suruh aku rendam n masak lepas tue minum ker air rebusan ni)


dahla ari tue separuh kelas fail masa midterm...terbaiklah!!!!


tapi hidup mesti diteruskan!!!!!!!! (over ayat)
dahla sahaja untuk ari ni.......(mood baru jer berjaya merehatkan otak seketika)


dua tiga kucing berlari.....mana nk sama aku ngn org lain...org lain pandai kok...(^_^)

Wednesday, October 27, 2010

terus bersemangat (^_^)

salam sejahtera dan assalamualaikum.....
selamat berstudyla kawan2,,hopefully 1st paper bg bdak accounting esok sumenya berjalan lancar hendaknya....
dup, dap, dup, dap.......jantung aku tak trkata....Alhamdulillah ,effort yang aku telah lakukan untuk paper yang pertama ni insyaALLAH membuahkan hasilnya...thanx a lot all, especially to NAJJINI, ZIEYRA YOREZ yang telah tiga hari berturut2 berdiskusi ngn aku.....thanx jugak kat ILLYZA N RUZZ yang baru join aku ari ni...aku ni, penat tak terkata..lepas ni nk landing xnk da study....cukupla seketika...insyaALLAH esok kalau ada masa aku akan study n buat back up plan hafal frs bagai yang aku lupa tue...hehehehe,,aku rasa sungguh menakjubkan ari ni ,,yola mana taknya,,blaja kat perpustakaan tadi dari pukul 10am sampai pukul 11pm...aku pun x sedar,,btolla cakap orang belajar dalam kumpulan agak enjoy dan kita x akan sedar...aku pun adalah gak duk merapu x tentu pasal...kejap duk buat lawak,,yng duk gelaknya jini sorang ni..ish2x,,maaflah kak jini oi...berapa kali hang kena marah ngn aku....hihihi,,marah2x gurau biaser la kan..macam la x kenal classmate hang masa matrix ni...still x berubah kan???(soklan untuk kak jini)...hehehehe,,aku terkesima!!!(over ayat ) sebenarnya bukan terkesima pun,,yola terexcited nk jadi matang..aku marah bila diorg duk melawak...jadi matang sikit bole!!!!tetiba aku jerit3x slow..wahwahwah...hikhik...aku gelak plak...sumer pun gelak...bila aku duk melawak aku pulak terkena....
tapi macam biaser la yang paling banyak kenakan orang still akula....

emmm,,mengantuk sih..otak aku xleh terim papeda...untuk bebudak accounting tue,,esok jangan lupa korang bersemangat dan tunjukkan semangat kita kat orang lain..jangan mengalah sebelum jawab exam..pantang orang melau(katanya HANG Tuah)

Hang Basit ni nak tidola,,rasa mata kuyu or nama saintifiknya layu....hikhikhikhik
sempat jew lagi nk taip dua tiga perenggan..walawei semangat lak aku...kawan2,,jangan lupa kejut aku esok tau..aku takut aku terlajak kalo aku tdo balik lepas subuh..n takut gak terlajak subuh...
tau x???emm,mesti sume tau kan dan alami macam aku....aku sangat jelez pada orang yang pandai...jelez yang tersangt2x especially kat nama R......(tut) ,A.....(tut)....AL.....(tut)...
hahahahaha,,sape2 yang tau tu jangnla pulak gtau org lain..aku jelez dalam keadaan yang baik..iaitu pelajaran,,,yola mana  taknya dapat DEKAN jer kerja..bila lak nk bg aku..aku nk jugak merasa..pahit ker masin ker,,emm,, xper la ..kalo xnk kasik aku makan la yang da ada ni...tapi kelat la...aku xnk aku nk yang manis yang mampu membahagiakn ayah n ibu aku....

MEraPU jeR kerja....
malas la nk taip ..dah tidola.....ting tong...mood bersemangat wajA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



DONE!!!

Sunday, October 24, 2010

semangat semua....kita ADalah mahasiswa terpilih..(^_^)insyaALLAH..

ASSALAMUALAIKUM...
terdetik kat hati nk cari cara belajar yang diamalkan oleh senior2 kita yang pernah berjaya kat ipta..
aku pun taip kat google "tips pelajar cemerlang ipt"...hehehehe
akhirnya,resultnya adalah seperti di bawah (jom baca sama2):

Petua kejayaan pelajar cemerlang USM

E-mailPrintPDF




(dari kiri) Penerima Pingat Emas Majlis Raja-Raja Jamsari Amirul Firdaus Jamaluddin memakaikan motar board kepada Penerima Pingat Emas Canselor, Jasy Liew Suet Yan sambil dibantu oleh Penerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Mohd Zuaril Akimi Mohd. Shaari sempena upacara Konvokesyen USM ke-38 di Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 13 Ogos - Amalan mengulang kaji pelajaran selepas solat subuh membolehkan graduan Universiti Sains Malaysia (USM), Jamsari Amirul Firdaus Jamaluddin muncul pelajar cemerlang universiti tersebut.
Beliau yang akan menerima Pingat Emas Majlis Raja-Raja sempena majlis konvokesyen USM Khamis ini berkata, amalan itu memudahkannya mengingati setiap mata pelajaran yang dipelajari.
''Saya memang konsisten mengenai hal-hal berkaitan pelajaran dan kokurikulum kerana itu memang tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar universiti.
''Selain itu, saya sentiasa berusaha hadir ke kelas setiap kali waktu kuliah. Saya memang tidak tenteram kalau tak pergi kelas kerana takut tertinggal banyak perkara," katanya pada sidang akhbar sempena Konvokesyen Ke-38 USM di sini hari ini.
Jamsari, 23, berkata, berkat doa kedua ibu bapanya turut menyuntik semangat untuknya terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Bekas pelajar Penang Free School itu bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi Gunaan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen kali ini.
Sementara itu, bapanya, Jamaluddin Saad, 52, menyifatkan kejayaan anak sulungnya daripada dua beradik itu berkat kerajinan dan kejujurannya.
''Kami memang tak pernah kongkong dia dalam pelajaran kerana kami tahu dia memang ikhlas untuk belajar.
''Saya pantau tahap pendidikannya berdasarkan markah peperiksaan sahaja. Kalau tak konsisten dalam pelajaran, masakan dia boleh mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 3.78," jelasnya.
Pada sidang akhbar yang sama, Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak mengumumkan tiga orang lagi pelajar cemerlang universiti itu bakal menerima beberapa anugerah menjelang majlis yang berlangsung 14 hingga 17 Ogos ini.
Katanya, mereka terdiri daripada pemenang Pingat Emas Canselor, Jasy Liew Suet Yan; Pingat Emas Naib Canselor, Mohd. Zuaril Akimi Mohd. Shaari dan Hadiah Buku Harvard, Muhammad Hazman Mustafa Bakray.
''Selain para pelajar, USM juga memilih dua tokoh akademik negara untuk menerima anugerah Profesor Emeritus.
''Mereka ialah Prof. Mohamed Sulaiman dan Prof. Visweswaran Navaratnam,'' tambahnya. - Utusan

Saturday, October 23, 2010

sabarkanlah hatiku (^_^)

bismillahirrahmanirrahim....

ujian menjelang peperiksaan ,, cubaan DariNYA untuk menduga hamba yang lemah..seminggu demam,,tapi insyaAllah akan aku kuat untuk terus berusaha membuat persediaan exam yang akan bermula 28 oktober ni...


Monday, October 11, 2010

SUKA suki.....usrati







hanya ketenangan yang dicari....(^_^)


ASSALAMUALAIKUM...

Tenang, tenang, dan tenang....itulah yang aku dambakan untuk menghilangkan stress dan ketensionan yg melanda ni..exam tinggal lag dua minggu.ASSIGNMENT n PRESENTATION n PREPARATION FOR EXAM, blom lagi settle...


ma...ma...(panggilan utk ibuku)...aku rindukan nasihat darimu.....
harapan aku,, moga setiap yg berada di anak kepala tidak akan menjadi kenyataan...fikiran AKU FAIL untuk subjek INTERMEDIATE ACCOUNTING, COSTING MANAGEMENT, COMMERCE LAW, n TAXATION insyaALLAH tidak akan terjadi...

BIARLAH........USAHA, USAHA DAN USAHA..YG TERSEMAT BUAT MASA SEKARANG,
SEBELUM AKU TAWAKKAL DAN BERSERAH...

JGNLAH MERINTIH KESEDIHAN,,DENGARLAH 

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.MySpace






Sunday, October 10, 2010

vids of da day...

vid cara nk sediakan resepi rahsia n vid yg dirakamkan masa anak sedaraku balik kg....saja post,,mengisi masa kosong..misz them....SELINGAN......................................................................(^_^)

AD DU'A>>>senjata bg almukminun...

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,

Saturday, October 9, 2010

reunion kelas 5 ibnu khaldun(akaun) batch 2007/2008

reunion 2007' kelas 5 ibnu khaldun..
banin: lamie,fathi,mukmin,mat jue,loh,mierul,Ya,sajied,n aku.
banat:ain mohamad,ilham,ain ahmad,mek sue,alieza,fieza ,amal.

reunion ni buat kat umah fieza kat kg dangar,pasir mas..

behind da scenes....pelakon utama n tambahan yg menyiapkan sajian.

wanita melayu terakhir.....hahaha.

kawan aku bajet ayu..huhuhu