~~PlaYlisT~~

Followers

Tuesday, December 28, 2010

sedih>>~~sob2x

assalamualaikum..
boleh tak aku nk nangis??boleh tak aku nk menjerit??
boleh tak aku memanggil namaMU ya ALLAH..
aku rinduiMU,, aku cintai nabiMU..



Emmm,susah nk ilangkan rasa sedih bla ada org berkata camtu. kata camna?? x perlulah tahu, cukupla aku pendam n ALLAH shj yg tahu.Percaya ALLAH itu maha kaya dengan ujian. inipun satu ujian aku yg perlu aku hadapi, cuma berharap aku makin tabah menghadapi hari mendatang.

Andainya aku tahu amanah yang aku pegang ni terlalu berat untuk aku pegang dan penuhi,aku takkan mengiakan pelantikan jawatan ni untuk aku.Tapi jika aku berhenti dan mengalah sekarang, bermkna aku KALAH!!
KALAH dalam PERJUANGAN, Kalah dalam memegang tanggungjawab, kalah dalam menunaikan hasrat dan kepercayaan yang diletakkan ke atas aku.

Jika aku seorang yang putus ASA disebabkan kata2, sebenarnya aku pemimpin yang lemah.lemah dalam seMUA!!!
YA ALLAH. aku keliru .keliru untuk membuat keputusan yang betul..

DALAM dua aku berpikiran untuk meletakkan jawatan dan memberikan jawatan ini kepada org lain.
YA ALLAH, adakah aku ini tidak mampu melakukan tnggungjawab ini.maka tunjukilah aku dengn jalan yang betul YA ALLAH..

JANGAN biarkan aku terus bersedih dan terus mengutip dosa atas apa yang aku lakukan ini.
JIka dulu,aku seorang yang tabah tapi sekarang aku berprasangka terhadap diri.TAKUT aku,takut untuk menjadi hambamu yang paling membuat dosa.dan termasuk 99 org yang akan masuk dalam nerakamu pada akhir zmaan..

YA ALLAH, KATA2 itu lebih tajam dari pEDAM!!!
btoll ya RABB ,,aku sedang merasainya.dan beberapa kali aku tersungkur jatuh dan menagis disebabkan lidah mereka.
ALANGKAH Kejam hidup ini jika tidak mengurniakan aku belas kasihan, YA ALLAH..aku sgt mengetahui ini adalah dugaan dan cobaan.BIARKAN aku begini, seorang yang kekal dengan perasaan yang sensitif degan kata2.Mungkin inilah cara yang btol untuk mengajar hambamu..
AKU memintamu YA ALLAH ,,meminta untuk aku tidak mengeluarakan kata2 yng tajam kepada org yang terdekat dengnku..kerana aku tahu nanti aku tidak akan ada kawan .tidak ada kebahagian.tidak ada kenikmatan hidup berkawan..

YA ALLAH<
andai tangisan aku ari ni ialah tangisi ini,tangisan yang akan membuatkan aku jadi lebih tabah.
biarkanlAH aku begini.tapi jikalau tangisi ini akan membuatkan aku berdendam ,biarlah aku mati disini..!!!!
MATI DISINI YA ALLAH!!!


aku tak sanggup menyakiti mereka yang berhati sedih,sensitif..
KERANA AKU SEDANG MERASAI YANG ALLAH<<
AKU SEDANG MENANGISI ATAS PERKATAAN ITU>>
AKU SEDANG merasai PAHIT> PEDIH> GELAPNya YA ALLAH>


AIR MATAKU>>>>HANYA UNTUK BERDOA PADAMU< HNYA UNTUK KEINSAFANKU TERHADAP DOSAKU>>HANYA UNTUK KECINTAAN KU TERHADAP NABIMU>>

LA TAHZAN>>>>andai ini ayat yang aku boleh guna untuk menabahkan diri, maka semaikanlah ia sehingga hari terakhirku..




sedih>>>nAngis>>disebabkan kata2mu kawan
BASIT..>janganlah bersedih>>TABAHLA!!sob2x


Saturday, December 25, 2010

blank~~

Assalamualaikum,,post pertama aku yg aku tak tau nk kasi tajuk apa menda..
entah post yng xder objektif ttp berharap still dapat memberikan manfaat pada diri sendiri.

Emm,ari ni nk tdo lewat sikit.Tapi sebenarnya bukan sikit pun,haha aku tujuh pagi ni pun blom tido lagi gara-gara makan Kfc ngn senior .Hehe,,punya la semangat p pinjam motor p beli semata2 untuk makan.Padahal mata dah ngantuk sgt da tadi ni..
kfc chicken

Takut lak aku<<
takut bukan sebab xleh nk tdo tapi takut untuk berdepan perancangan mendatang.insyaALLAH perancngan aku da baik.Moga sem ni aku dapat menunaikan tanggungjawab yng diberikan dengan behati WAJA..

At first, da xde semangat nk beraktiviti berpersatuan ni, mentaliti result jatuh semuanya disebabkan bergiat aktif.TApi sure my senior x setuju, buktinya dia pun aktif sangat kat kolej ni tapi still ja dapat DEKAN setiap tahun n siap dapat Anugerah Diraja lg.Nk cakap course seng,xleh gak.


Emm,dulu masa ngadu kat mak yg result aku jatuh aku x salahkan diri sebb aktif pun tapi sebb perancangan n pembahagian masa.ingt lagi masa tue aku kol mak aku "org dapt result jatuh lagi" dengan nada rendah aku ngadu."emm,tuela kau aktif sgt".tp memg la aku x pandai bahagi masa bukan aktif.masa ngn FB aku bukan main lagha, kallo study kejap da rasa nk duduk atas katil.

tekak makin sakit,tadi aku da kumur suku air garam.emm,makin sakit lak.
walawegh,,lagila xleh nk tido.

xperla cuba la baca doa tido,,kot2 dapat tdo gak..amin..
kalo xleh tdo,,nnti aku selam diri kat kolam,,biar segar mata.

kalo xleh tido lagi,,nnti aku nk mandi dalam tab mandi n lihat langin yg biru.
emmm,rasanya da blh tido kot..dah!,, mana aku punya puting ni??susah lak nk capai ngn tngn yg pendek.
oklah nk nyonyot puting n tdo..gud nite walaupun da mornig..ngantok segh>>

Friday, December 24, 2010

tabah...

assalamualaikum...
mahu x mahu,,aku da terkena sakit tekak yg membuatkan aku batuk..huish,penat isik kepala aku,kena tdo n rest untuk masa yg lama.Maaflah, aku terpaksa cancel temujanji untk datang meetg.

Meetg baksis khamis aku x pergi, tapi sebenarnya bukan setakat meetg yang aku x pergi tapi dua kelas pagi tue pun aku takp pergi gara2 pening kepala, aku tido lepas solat subuh sampaila pukul 330ptg. kelas pukul 4ptg yg berikutnya aku pergi.ALHAMDULILLAH,ada hikmah juga aku tido pagi tue ..

kepala da makin berat balik dah, emm,,tdola...emmm,,kalo ada toto ni mesti best..
nnti nk mintak la toto aku yg dipinjamkan kat jiran ..
kalo ada tilam bertingkat pun best gak..emmm,,tilam katil sebelah pun da diambil org, so xder canla nk tido best2 ari ni..setakat alakadar da cukup..semuanya ujian untuk jadikan aku lebih tabah.
moga ari2 kuliah aku da sihat balik dari demam,nk tunggu aku pergi klinik jgn harapla.aku emg yg x suka p klinik melainkan terdesak sgt2.

Wednesday, December 22, 2010

aku dipropose...

assalamualaikum semua..
terkezut tak ngn tajuk kat atas tue.haha, memg btolpun aku dipropose oleh seorg budak pompuan, , lawak kan ..

emm, tau tak apa aku jawab?? confirm korg ingt aku ni terima, xderla aku ni kan pemalu. xkan couplenyer sblm tba waktunyr .aku ni jenis yg tak suka couple.kalo nk pun , terus kawen..hahaha,,gatai !!

xderla,,emm.. malu gak ..kalo ati ni dalam dua gak nk terima ..tapi aku pernah berjanji xkan couple sblm abis study,statement td memg btol pun. aku xnk bercinta kerana "cinta itu sakit dan kawen pulak sihat, so sihat n sakit tak pernah bertemu.>>fikir2kanlah.

hahaha,siapa yg sanggup melukakan hati seorg perempuan yg lembut ni..tp aku  pk untuk masa depan.
memg org kata couple x effect sgt stdy, semuanya atas diri..Tp baik mencegah, itu prinsip aku, InsyALLAH aku terselamat dari couple..AMIN

dahla,, aku bukan nk ckp pasal ni pun..sebenarnya pening kepala den!! duk pikirkan pasal minggu daftar ,gugur kursus ni.alamak!! hadoi!! clash jer,,kalo x clash pun kelas tue pulak full.aku xnk amik bnyk subjek thn  dpn..

emm,nntila sementara ada masa ni,,aku akan cuba daftar manual.Pening la,,baru  pikir benda ni..hahahahaha
lawak kan, aku sampai xleh tdo pkir benda ni, aku tgk org lain rileX ja..COOL lg..emm,, Xleh la nk dibanding camtue..aku kan nk berjaya ..hehehe

 mom.>>;  my heart is broken now.wanna be like a bird dat fly across da sea, it's call freedom!! i want freedom..,but u ,u wanna ur son be a man...so,,x leh la nk berangan nk jadi burung..
kihkihkih..

tapi aku blh jadik cute...hehehe,,nk jadi cam bayi ni:::cam kat bawah;
ssssh....jgn brinsik,,!!

Saturday, December 18, 2010

plan urself...


Menggapai impian

Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …
Ini dia masalahnya:
1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!
Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.
2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”
3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.
4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!
5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.
6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan. 7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.
Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.
Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.
Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari  ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.
Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.
Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!
Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER!

perkongsian yang menarik


Kisah Ibnu Sina – genius Islam

Semoga biografi ringkas Ibnu Sina ini boleh meningkatkan motivasi kita-kita semua dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya dalam kehidupan kita
Ibnu Sina
 Nama penuh beliau ialah Abu Ali al Husain ibn Abdullah ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal.
Ibnu sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara (Republik Uzbekistan) tahun 370 H / 980 M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Beliau berasal dari Balakh kemudian berpindah ke Bukhara pada zaman pemerintahan Al-Amir Nuh bin Mansur dan tinggal di perkampungan kecil di Bukhara yang bernama Khirmitan. Namun akhirnya beliau menetap di Afsyanah kerana berhampiran dengan tempat kerjanya. Sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal al-Quran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu.
Kemudian nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya. Ibnu Sina tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa.
Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar. Ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ‘ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan As-Samani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah.
“>Ibnu Sina
Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah. Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:
1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya perubatan cina.
Photobucket
Bab Mata dalam buku Qanun at thib.
4. Kitab Remedies for the Heart, mengandungi sajak-sajak. Mengandung sajak-sajak perubatan yang menghuraikan tentang 760 jenis penyakit beserta cara pengubatannya.
5. Kitab An Najah, tentang falsafah.
6. Penemuan tentang anatomi tubuh. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat unsur itu memberi sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung pada unsur lain yang terdapat pada alam ini.
7. Penemuan tentang rawatan psikomosaik. Beliau mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengetahui secara pasti keseimbangan emosi seseorang dalam beberapa saat.
8. Penemuan di bidang kimia tentang logam. Beliu menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain secara khusus. Setiap logam membentuk dengan sendirinya dengan pelbagai jenis. Beliau dianggap penerus dari perkembangan ilmu kimia yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan (Bapa Kimia Muslim Pertama).
9. Penemuan di bidang geografi tentang asal usul lembah.
10. Penemuan tentang peredaran darah. Beliau mendapati bahawa “Darah mengalir terus menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti.”
11. Kitab Fi Aqsamil Ulumil Aqliya (On the Division of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.Kitab An Nayat (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa (merupakan sebuah buku psikologi.
12. Kitab Risalah As Siyasah (Book of Politics) tentang politik.
13. Penemuan di bidang bahan perubatan.
14. Penemuan dalam bidang psikoterapi.
15. Kitab Al Musiqa, tentang muzik.
16. Kitab Al Mantiq, tentang logik. Buku ini dipersembahkan untuk Abu Hasan Sahil.
17. Kitab Uyun Al Hikmah (10 jilid) tentang falsafah. Ensiklopedio Britanica menyebutkan bahawa kemungkinan besar buku ini telah hilang.
18. Kitab Al Hikmah El Masyriqiyyin, tentang falsafah timur.
19. Kitab Al Insyaf tentang keadilan sejati.
20. Kitab Al Isyarat Wat Tanbihat, tentang prinsip ketuhanan dan sembahyang.
21. Kitab Al Isaguji (The Isagoge), tentang logik
22. Kitab Fi Ad Din (Liber de Mineralibus) tentang mineral.
23. Kitab Al Qasidah Al Aniyyah, tentang prosa.
24. Kitab Sadidiya, tentang perubatan.
25. Kitab Risalah At Thayr, tentang karangan roman.
26. Kitab Danesh Nameh, tentang falsafah.
27. Kitb Mujir. Kabir Wa Saghir, tentang dasar-dasar ilmu logik secara lengkap.
28. Salama wa Absal, Hayy ibn Yaqzan, al-Ghurfatul Gharabiyyah (Pengasingan di Barat) dan Risalatul Thayr (Risalah Burung).
Ibnu Sina
Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia.
Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.

sem baru semangat baru...(^_^)

assalamualaikum...
dah lama x post kat my blog ni..
dah bersawang nampaknnya...detik aku menulis ini aku merasakan jiwa kekosongan, kekosongan dengan segala benda..Nau'zubillahi min zalik..

Hari ini,bermulalah epilog kehidupan baru.kehidupan dengan hari perkuliahan kerana hari ini merupakan pendaftaran semester dua bagi sesi 2010/2011.

entahlah,kekadang aku keliru dengan segalanya, aku perlukan kata2 motivasi dari pakar.kata2 motivasi yg dapat meleburkan dinding malas.semester 2 ini akan menjadi sejarah bagi aku bila aku meningkat dewasa sementelah semester lain turut jadi pengalaman  berguna untuk aku berjaya.

Antara kemahuan dan sikap malas, semuanya bermula dari tekad dan keazaman.jika tekad dan keazaman yang ditanam didalam diri dapat mengatasi segalanya.aku yakin aku mampu buat yang terbaik untuk semester ni."org yg gagal ialah yg gagal untuk merancang" betul!! kata2 ini sangat betul, aku perlukan perancangan rapi.perancangan yang akan menjadikan aku org yang berjaya,berguna, dan terhormat amin.

Thabbit qulubana 'ala dinika wa'ala to'atik", syaitan o iblis itu ada bersamaku untuk menghasut supaya aku terpesong, sementara malaikat pencatit amalan mencatat segala yg aku lakukan.aku tahu, syaitan itu amat kreatif,menggunakan apa cara untuk memesongkan umat nabi muhammad.Tapi insyaALLAH,aku akan terus tetap percaya ALLAH bersamaku,menyelamatkanku.

semester 1 menjadi pengajaran untuk  ABDUL BASIT.insyaALLAH pengajaran yg berterusan untuk aku terus maju kehadapan,
semoga aku tinggalkan semua yg lagha,aku malu pada diri.setiap detik hanya berkata tetapi tidak pernah menunaikan janji hasil natijahnya aku makin lagha.

YA ALLAH,
INNI AKHAFULLAH,
YA ZALJALIWALIKRAM THABBIT QULUBANA A'LA DINIKA WA'ALA TO'ATIK.

Sunday, December 12, 2010

nasihat


Bunga Yang Indah

alt
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

amin..insyaALLAH..

Perempuan yang aku cintai...

by syahirul.com on Monday, 13 December 2010 at 12:58
Perempuan yang aku sayangi adalah pencinta Tuhannya yang mengalir cinta, takut dan harap menguasai perjalanan penghidupannya dari waktu ke waktu, dari hari ke hari sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya BERAKHIR...

Perempuan yg aku rindui adalah perempuan yang di mata dan wajahnya terpancar sinar nur ILLAHI lidahnya basah dengan zikrullah di sudut kecil hatinya sentiasa membesarkan ALLAH...

Perempuan yang aku cintai yang menutup auratnya dari pandangan mata lelaki ajnabi kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya disanjung tinggi penduduk langit dan bumi...

Perempuan yang aku impikan adalah yang mendekatkan hatiku AR-RAHMAN AR-RAHIM yang sama-sama menasihatiku sewaktu aku kealpaan yang membawa kepada keberkatan ILLAHI...

Perempuan yang aku kasihi yang bersyukur apa yang ada yang bersabar pada yang tiada cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermata benda...

Perempuan yang aku sukai menjadi pembimbing kepada orang disekelilingnya menjadi idola kepada wanita solehah menjadi pelita kepada masyarakat...

Perempuan yang aku dambakan seorang yang beriman dan sentiasa ikhlas dalam beramal...

Perempuan yang aku ingin miliki menjadi dian pada dirinya sendiri yang menjadi pelita untuk putera puteriku yang bakal dilahirkan untuk menyambung perjuanganku dibelakang hari...

tuntunan jiwa...


Sikap Kita Terhadap Al-Quran

alt
Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran?Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adakah berpandu kepada acuan Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan.
"Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!"
"Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus"
"Kalau ada masa lapang aku baca la Quran"
"Ye ke Quran ni lengkap?"
"Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak"
Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran?Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan "mengisi masa lapang" atau "mesti" cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?
Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khayru Ummah. Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam.Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?
Tadabbur
Itulah kunci yang akan memberikan impak Al-Quran dalam kehidupan kita. Menghayati dengan erti kata yang sebenar, meyakini dengan sepenuhnya dan membawa segala mesej tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya. Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam Al-Quran. Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah. Namun Al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati Al-Quran, menjadi "Al-Quran yang bergerak", hidup dengan acuannya.