~~PlaYlisT~~

Followers

Thursday, September 22, 2011

NEW semester...

alhamdulillah,
bertemu kembali di sesi yang baru ini....
semester ini merupakan semester 5 bagi aku,

assalamualaikum ...

sebenarnya semester baru aku mempunyai azam yang lama ttapi azam yang diperbaharui...azam aku kali ni sama je dengan azam yang lepas iaitu untuk berjaya dalam peperiksaan ....

cuma kelainan sikit atas memberi motivasi terhadap diri sendiri..
daripada berdoa kepada ALLAH, berfikiran positif dan bersangka baik atas segalanya INSYAALLAH akan menjadi jalan penyelesaian dlam hadapi stress semasa belajar di kampus..

aku pernah terbaca satu artikel tentang sangka baik terhadap setiap cubaan dan nikmat ALLAH ...bersangka baik terhadp dugaan ALLAH ibarat kita berdoa kita mampu menghadapi segalanya dengan baik..

tekad didalam diri, azam yang tinggi bukan suatu yang senang untuk digapai melainkan motivasi dilakukan setiap hari dan dilakukan bersama2  dengan sokongan ibu n bapa...

sesuatu yang dipandang enteng iaitu kekemasan bilik juga perlu diambilkira untuk mencapai keberhasilannya..

doa sem ini::



BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI, SELAWAT SERTA SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W . YA ALLAH, KUATKANLAH INGATANKU. BERIKANLAH AKU SUATU KEKUATAN SUPAYA  BERUSAHA MENJADI YANG TERBAIK DIANTARA YANG TERBAIK. YA ALLAH SESUNGGUHNYA MASA YANG DIANUGERAHKAN SANGAT BERNILAI, JADIKANLAH AKU SEORANG YANG MENGHARGAI DAN MENGGUNAKAN MASA YANG ADA DENGAN BAIK.YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKHLAK NABI MUHAMMAD ADALAH SEBAIK2 AKHLAK, MAKA JADIKANLAH AKU ORANG YANG BERAKHLAK KEPADA ORANG TUAKU, GURU2KU, SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI SERTA MASYARAKAT SEKELILING...YA ALLAH, JADIKANLAH AKU ORANG YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT DENGAN MENGGUNAKAN ILMU YANG AKU PEROLEHI UNTUK MEMBANGUNKAN UMAT ISLAM.YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU JADIKAN AKU SEORANG YANG TAKABBUR DAN TIDAK BERSYUKUR ATAS NIKMATMU, JANGANLAH JADIKAN AKU ORANG YANG HANYA PANDAI BERCAKAP TETAPI JADIKANLAH AKU ORANG YANG ISTIQOMAH DAN BERANI UNTUK MENGHADAPI HIDUP..YA ALLAH, RABBUL SEKALIAN ALAM, ENGKAULAH TUHAN YANG ESA.HANYA ENGKAU TUHAN YANG MENGETAHUI APA YANG SEDANG BERLAKU DAN YANG AKAN BERLAKU DAN SEGALA2NYA..AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN...