~~PlaYlisT~~

Followers

Sunday, September 13, 2015

Akauntan di zaman milenia

Alhamdulillah,

no more sigh..
sungguh hidup ini memenatkan, bangun pagi, p kerja kalau ari weekdays, weekend pulak tdo.

sebenarnya bukan hidup semua orang macam ni.. sebenarnya hidup aku je.. jadi b3rantakan entah kenapa.

selalu aku cakap kat diri bersabarlah, one fine day u will find ur happy life.

bukan semua benda senang nak dapat, kalau bukan kerana tekad dan azam dan doa..insyaALLAH semua jadi baik dan ok..

sekarang ini, aku hanya ada satu aset yang mampu dibanggakan, motor lc plate no. dari negeri sembilan. alhamdulillah, sekurangnya ada kenderaan yang boleh aku naiki untuk ke pejabat.

kerja sebagai akauntan, bukan senang2 kome2 nak suruh tukar kereta honda city, civic, tapi sebenarnya nak pakai kereta myvi pun aku berkira2. dalam kepala nak pakai perodua axia je. itupun kalau diizinkan ALLAH, insyaALLAH..

Sebenarnya, aku sangat berkira bukan disebabkan aku seorg akauntan. tapi sebab aku pernah hidup susah, susah nak dapatkan benda bilamana ada adik beradik berbelas orang. semua kau perlu berdikari.

aku beli basikal dulu dengan duit sendiri, dengan duit aku kerja kat kilang tembakau. aku beli motor lc skunk ni pun cash bayar guna gaji simpanan tempat kerja pertama masa kerja dengan UKM.

Alhamdulillah, ALLAH sudah persiapkan aku dengan kecukupan yang begitu aku sayang. ya ALLAH, seharusnya aku harus sentiasa malu pada ALLAH. aku beribadah secara lagha, bukan bersungguh ibarat apa yang dr. zakir naik beritahu, ALLAH tidak memerlukan sebarang pengabdian hambanya. sebaliknya kitalah sebagai manusia yang memerlukan ALLAH.. ALLAHU AKBAR.

sungguh, nak berjaya betul2, aku kena cari jalan yang betul2.. samalah seperti apa yang aku lafazkan dalam bacaan solat, iaitu surah alfatihah. pengharapan untuk ditunjukkan jalan yang lurus. moga ALLAH perkenankan doa aku. Aamiin.

Sesiapa yang membaca ni, doakanlah semoga aku dapat jadi akauntan yang baik. walaupun x kaya, insyaALLAH, semoga kaya hati. kaya naluri kemanusiaan untuk menolong org bila mereka kesusahan.aamiin.

semoga aku redha semuanya, walaupun dah banyak kali ditipu. ramai yang menipu, bila nak pinjam duit. tapi x bayar, moga allah gantikan kesedihan ini dengan kegembiraan hati aku.

semoga semua husnu dzhan ALLAH bayar dengan benda2 baik..Aamiin.
bukan senang nak senang, dan bukan susah pun nak senang. semuanya atas kehendak ALLAH.

walaupun, semua dalam rumah aku ni ada kereta. aku still kata sabar, ada banyak benda lagi yang ko kena fikir basit. aku tak nak menjadikan benda materialiti atau komitmen bulanan macam kereta tu jadi asbab aku nak bagi duit kat mak dan ayah. emm, yezza nampak ada lojik disitu. ada banyak perkara kat dunia ni yang ko nak x semestinya ko mesti tunaikan walaupun ko mampu basit. hanya mampu monolog untuk cekalkan hati.

yela, manusia mana yang tak sedih. bila, kawan2 perli. keje akauntan tapi kereta takde, emm, duk rumah jela. tutup telinga, sekurang2nya, akulah tempat kawan2 aku mintak tolong pinjam duit bilamana mereka sengkek bila tarikh gaji jauh lagi. kan..

biarlah kau kelihatan papa, asalkan kau tidak meminta. jangan asal bergaya hidup papa. kan.

yezza..itulah lojiknya aku tak pakai kereta. walaupun selalu diperli. sebab aku ni berkira2 bukan sebab aku akauntan, tapi aku orang yang pernah hidup susah. manja tapi aku berdikari jugak kan..at least, hidup tak menyusahkan dan harapnya mati pun tak menyusahkan..aamiin.