~~PlaYlisT~~

Followers

Saturday, June 25, 2011

MERAPU (i miss u)...^_^

miss u really much mom, dad, atiq, ikram, akmal n my abg2x...

ASSALAMUALAIKUM. W.TW.
SUDAH DUA BULAN TAK BALIK, KALO IKUTKAN BARU DUA BULAN AKU TAK BALIK....KAWAN AKU YANG DUK EGYPT TUE DAH SMPAI SETAHUN X BALIK, rindukah mereka pada keluarga mereka???
emmm,,mestilah rindu....rindu kan lumrah sifat manusia....
emmm, selalu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan mampu mengatasi perasaan rindu ni...

semalam dah kol  mak n ayah...emm,, memg cakap kejap sgt, sbb tak tau nk ckp apa ngn mak n ayah...YOLA, kalo dah rindu tue....memg nk jumpa jugak la maknanya....ckp dalam enfon tue cam x berkesan...hehehehe

aku sangt berharap segalanya berjalan lancar, hanya ALLAH yang tahu betapa gundahnya kalo aku pikirkan banyk perkara...
tuela yang kadang2 tue mesej dua hari x berbalas....
emmm,, duk ingat balik banyak benda...
baik aku duk concern pasal next year study, next year aku da masuk tahun tiga....tiba2 da rsa super senior...emm, kalo adik aku dapat masuk u ni...ALHAMDULILLAH...xderlah aku sunyi sgt...nnti blhla share2 ngn dia....
kadg2 tue asyik gaduh jugak ngn dia ni...tapi dia lawak, aku tergelak ngn dia...dia sekepala lak ngn aku tue....
aku sebenarnya admire adik aku ni....aktif sngt sukannya....main badminton, main ping pong, main sepak takraw, main bola, main apa lagi, blh dikatakan banyk benda la boleh...aku?? apa pun x boleh......
duk umah makan tdo la gamaknya...main tue pun kalo adik aku ajak...dahla, jum kita berbicara pasal benda lain...

HA'AH, jom kita berbicara pasal cinta.....
cinta a.k.a couple tue sebenarnya dibolehkan x dalam islam????
emm, of course la x blh...emm,,lagi2 couple tue leh bawak penzinaan...
org cakap pendapat masing2x, emmm, meh aku bagi pendapat aku....
banyak hikmah kalo org x bercouple ni...
salah satu sebbnya...emm, yola org couple ni biasanya berdua2 kan?
kalo bertiga pun adalah sebelah dia si syaitan iblis laknatullah...
emmm , kalo org couple leh pegang tangan ....nape aku xleh nk pegang tangan kawan laki lak....??bukanke laki2 sama laki2 x pe kalo bersentuh....ooooo, emm, perspsi tue la ea?? persepsi yang cakap GAY kalo laki pegang tangan laki...tapi AMAT PELIK BIN AJAIB la kalo laki yang belum kawen duk pegang tangan  MAKWE sana sinun...emmm, ada nas or dalil ke yang dibolehkan ...oo emmm, patutla.....da jadi trend ea...?? oo i see, ....
mals nk citer panjang lebar sangat...emm, kawan2 aku pun bukan main ramai yang duk couple cam tue...x malu ke?? duk pegang2 tangan, kalo x malu kat kami sbg manusia ni xpela, ni tdk, malulah sikit kat ALLAH S.W.T....bukan ke dia yang ciptakan kita...apa nk susah, kalo da suka sma suka tue...kumpul la duit..pastu tunang, n ada duit lagi..kawenla...
hahahaha, emmm, kalo duk cintan cintun sakan, duk date sana sini...last2 break up jugak , emmm...memg da bolh jadik bekas or a.k.a org la kan...emmm, ramai sgt aku tgk duk couple , duk date sana sinun...last2x ..bila tnya, mana si minah ko??? emm, dah break..tuela jawabnya...pastue yang nk tgh nk exam tue...kalo da x dapat tahan...duk nangis la gamaknya...org duk study nk exam...hah, tuela jangnlah couple ea...emm,, couple da jadi trend...kalo cakap couple tue haram pun da x berkesan...okla, emm, kadang2 terfikir gak aku..eh2x, xder org nk kat aku ke?? aku jeles tengok org couple...tpi ALHAMDULILLAH, doa aku sebenarnya dimaqbulkan ...x bercouple lagi dari dulu sampai skunk bermakna ALLAH sayangkan kita...menjaga kita dari maksiat...na'uzubillah....

na'uzubillah dari perkara yang berdosa lain gak...AMIN....
EMMM, aku suk tgk org dulu...kawen atas pilihan mak n ayah...ang long lasting sampai skunk...happy forever la......ustaz aku pun duk citer yang dia x pernah couple, dia dulu suka kat awek tue...dia p tnya face to face, da ada org ke??? si awex tu (isteri dia skunk) cakap, xder....ustaz td pun p masuk meminang..lamaran diterima...hahahaha, sweet kan?? sngt sweet.....nilah yang betul2 pandang pertama........

oklah, x pasal2 aku tulis pasal couple ni...aku lak kena bahang...
okla....
WASSALAMUALAIKUM W.T.W..
JUMPA NEXT SEM EA KAWAN2 UKM'S KU...

Friday, June 24, 2011

ihdinas sirothal mustaqim (^_^)

sesuatu sulit aku nk jalani kalo aku sendiri tanggung hidup dan kepedihan ini...........
sampai kapan harus aku bertahan (bisikan syaitan )
sabar basit 2x (bisikan rohani )

bertimpa2x cubaan itu merupakan satu khabar bagi mereka yang beriman bahawa pencipta kita ALLAH s.w.t amat menyayangi kita.....

janganlah kita menafikan dan mempersalahkan takdir atas segala yang berlaku .........
p/s: jangan guna perkataan kalau .......
cnthnya , mungkin kita diberikan ujian dengan accident di tengah jalan, semua keluarga kita meninggal dunia...
kita menyesal dan berkata " kalaulah aku yang mati, mereka semua hidup "...kita ditegah untuk bersikap begitu kerana kita dikatakan melawan takdir yang telah ditetapkan dari awal lagi....emm,,dalam MOVIE KETIKA CINTA BERTASBIH..pun ada dia paparkan babak yang si emak berkata, "kalaulah ANNA dapat kawen dengan AZZAM" (Lebih kurang la bunyinya hikhikhik) si ayah terus mencelah dan menasihati si ummi supaya berwaspada dengan kata2x.....
istighfar banyak2x......

untuk menjadi tabah bagi setiap dugaan:

dekatkan diri kepada ALLAH.....(^_^)
-kita ada dua pilihan sama ada pilih jalan yang menuju kesesatan dan menuju kebahagian
-yang menuju kebahagian ialah mereka yang tabah dan sabar dengan ujian dan terus tekun beribadah dengan memuji ALLAH s.w.t
- bagi mereka yang tdk sabar, mereka akan memilih jalan yang singkat membunuh diri , menjebakkan diri dengan perkara yang dilarang, kerana mahukan ketenangan dan tidak mahu berfikir lagi perkara yang brlaku.

luahkan dan berkongsi dengan keluarga dan kawan terdekat (^_^)
-kadang2x, keluarga yang kurang rapat dengan kita , akan rapat dengan kita jika kita dalam kesusahan...
-mak dan ayah tempat kita bermanja, mereka juga terkesan jika kita mendapat kesusahan (itulah cinta ibu bapa yang disematkan kpd kita )..tetapi ALLAH s.w.t lebih  lgi menyayangi kita dibandingkan ibu dengan ayah yang menyayangi kita.

berfikiran positif (^_^)
- kita selalu beristiqomah, dan memikirkan setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
- fikiran positif akan membantu kita tabah dan sabar disamping akan merasai halawatul iman (kemanisan iman)
-positif akan membantu kita untuk menjadi orang yang lebih berjaya (jika kita tengok dalam situasi orang yang berusahawan, mereka mengamalkan sikap tdk berputus asa, dimana berfikiran positif jika mereka gagal...cuba dan terus mencuba)

berdoa agar kita ditetapkan hati dan diberi ketabahan (^_^)
-alangkah beruntungnya kita, beruntung kerana ALLAH s.w.t adalah arrahman dan arrahim....dialah yang maha pemurah lagi mengasihani.
-jika semalam kita mendapat rezeki yang bnyk, hari ini kita beroleh pula usia yang panjang, mungkin esok kita mendapat kejayaan dalam pelajaran (siapa tahu, semuanya dibawah kekuasaanya.)

-dan jika kita hamba yang beriman, bersyukurla kita dapat hidup di bumi yang dipenuhi sumber alam yang begitu banyk. tahukan anda???
negara islam mempunyai lebih kurang 75% petroleum didunia, 80% bahan kapas didunia, 50% fosfat didunia....negara islam juga terletak di tempat yang strategik, "ummatan wasatan"

Tp itu semuanya atas kita sendiri untuk sedar dan mempeksakan jati diri kita sebagai umat yang terbaik...

ingtlah , jika semalam kita beroleh kesusahan.....hari esok mungkin kita beroleh kejayaan yang besar, jika semalam kita menangis kerana kita dizalmi, tapi mungkin esok kita menjadi orang yang memelihara dan memberi perhatian kepada mereka yang dizalimi, ....semuanya terletak di bawah kekuasaanNYA.

marilah kita berdoa "ya maliki yaumi ddin , iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in...AMIN.....

ASSALAMUALAIKUM..W.T.W
 (SENYUMLAH kerana senyum pengubat hati yang lara, penyembuh luka orang sana, wasilah ke arah keutuhan ukhuwwah...)


APA YANG PENTING...
......ingat ALLAH....\

Sunday, June 19, 2011

buatmu...(^_^)




alt
Kepada insan yang aku sayangi,
Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau.
Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya.  Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.
Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)
Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.
Sayangku, si manis.
Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.
Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.
Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.
Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)
Wahai sayang,
Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;
"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)
Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."  
 Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.
Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.
Dari,
Insan yang menyayangi dirimu

Berbohong dan Menghampiri Zina | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Berbohong dan Menghampiri Zina | iluvislam.com + discover the beauty of islam

riya'....

Friday, June 17, 2011

sEbaK :(

huhuhuhu
memg sebak bila time kol mak aku tadi........
aku ckp x balik kot lepas final ni,, nk cari kerja part time kalo ada...
ummi hubbi, abi habibi....miss u...
emmmm,,hampir 20 minit kami ckp, emm, kalo x sebb nk p makan aku ckp lama lg ngn mak aku.....masa aku nk ltak fon, mak aku cam nk cakp lagi.....terasa bersalah lak, mesti mak rindu kat aku sangat2 tue...walaupun hampir setiap ari kol, masih rindu...

aku teringat ustaz time kat matrix melaka gtau "ibu kita nampak je cam ok,, tapi ibu mana yang x rindu anak....kalo blh kol la setiap ari, mak ckp sihat tpi hati sakit sbb tak dapat tgk anak dia"....emmm,,lagila terasa sebak, bila mak cakap emm,,kerjalah kalo xnk balik, lagpun kat umah xder kerja........tapi ayat tue macam suh balik jer jumpa n cium tangan mak n ayah....

actually, i miss u too mum,,! dad!!....i really miss my u,...haish, bila tachin ni nk speaking lak kan....emmmm,,xpela lepas ni kena pikir btol2....
takut gak, kalo jadi apa2 kat mereka...aku pulak yang berasa bersalah.......a'uzubillah min zalik....
berfikir panjang, biar manfaatnya mantop

emmm,,ok2....next tuesday dan next week final exam tuk short sem,.....minggu ni jugakla minggu terakhir aku bersama budak kolej aku menghabiskan masa bersama...moga2 ikatan dan jalinan kami terus berpanjangann......

emmm,,cuti lepas ni bukan main lama jugak....walaupun amik short sem ni...mana lak aku nk lepas rindu kat coursemate....collegemate,, n mate lain...hahahahaha

short sem mood
sblm nk pikr camne nk ilgkan rsa rindu nnti tue....kena cari mood study dari skunk, tggl 4 hari lagi nk exam,,, takutnya....final ni kena buat betol2x....orang cakap kalo short sem dapat ok akan membantu result pngk......insyaALLAH..la takhaf wala tahzan innALLAH ma'ana....

emmm,,doa tuk esok " ya ALLAH  panjangkanlah umur kedua ibu-bapaku, YA ALLAH, semoga ari esok merupakan ari yang indah bagi aku, kawan2ku. keluargaku, guru2ku, saudara2ku...dan juga saudara seagama denganku...AMIN....

ALL IZ WELL....

ASSALAMUALAIKUM....W.T.W

Wednesday, June 15, 2011

ALHAMDULILLAH..(^_^)..

dalam post sblm ni ana pernah gatau yang senyum itu halawah kan....so,, memg senyum itu halaewah.......
ALHAMDULILLAH....ari ni aku rasa terkurang sikit bebanan sebab esemen  n presentation isu2 eko da selesai..td baru selesai presentation usahawan...ALHAMDULILLAH sekali lagi....

tunggu brp2 tazk lagi yang perlu diselesaikan....terasa berat kepala nk pikir stres ni da berkurang....MANTOP!!!! MAntop!! basit......emmmm,,lepas ni tinggal lagi nk test jpj n exam final lak....

InsyaALLAH CHAIYOK2,....!! moga2 semuanya dipermudahkan dengan diperkenankan oleh ALLAH robbul jalil.......

ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR ......ok da....nk p buat street marketing...doakan kami ea...
assalamualaikum semua....c u next time ea...(^_^)

Sunday, June 12, 2011

senyum itu halawah(^_^)




emmm,,tajuk kali ini xder kaitan langsung dengn apa yg bakal dipost....ehehehe,,

saja nk gtau ,senyum itu manis a.k.a halawah......(^_^)...
aku suka tengok orang senyum....aku suka snyum,....aku lebih suka bila baby senyum......ALHAMDULILLAH, AKU dikurniakan mulut yang dapat senyum....x sumbing na'uzubillah.....

3 hari ini aku terperuk je dalam bilik hehhehe....teruk sekali ari nilah...ari ahad...tdo sehari suntuk, bangun solat , online kejap n tdo balik...xtau nk buat apa...xkan la nk senyum kat cermin kat diri sendiri...TUE GILA namanya...hehehehe....

semalam buat muvie marathon ,hampir 5 muvie aku tgk.....hahaha,,
1st tue mula ngn muvie cartoon....of corsela xder pengajaran sgt kalo tgk kartun...tapi aku dapat tangkap pengajaran yang dipaparkan dalam" tinker bell and the rescue team " tue ialah semangat kerjasama dan kita hendaklah percaya bila kita nk buat sesuatu....

NEXT muvie is cinderella emmm,,xder moral value pun.....aku tgk pun sbb da tgk awal2 terpksa abiskan gak...biasalah kalo sebut citer cinderella "cinta" jela yang dia pandai buat...hemmm,,,aku bg zero star...kekekeke


citer seterusnya citer 'PAA" citer hindustan banyk moral value ...kisah sepasang pasangan yang bercinta terlanjur, tapi mereka sedang belajar lagi masa tue...si perempuan tue gtau kat lelaki tue utk kawen...tp laki tue xnk kawen lagi nk blaja btol2x katanya...emm,,,nk jadik politician yg da greatest la kononnya..da pandai buat pandai la tanggung (yang ni x bermorallah ) >> na'uzubillah......tapi apa yng aku dapat tgk ialah si gadis ni, sggup berpisah n lahir dan jaga anak dalam kandungan tue sorg2....moral value kat sini , dah buat dosa tue kita kenalah taubat jangan terus buat dosa dengan gugur kandungan  bunuh satu nyawa.....kalo kita  taubat dan bertekad dah taubat nasuha insyaALLAH ALLAH akan terima kita balik sebagai bayi yang ibaratnya x pernah buat dosa......tapi janji kita janganlah syirik kepadanya kerana syirik adalah sebesar2 dosa dan xkan diampunkan...

emmm,,lagi satu kisah ni....anak mereka ni ada penyakit progeria iaitu penyakit kepala besar n satu tahun ibarat 5 tahun dah...so kalo dah umur 8 tahun macam da macam org tua sprt organ bagaipun cam org tua ....muka cam matured gila....hemmmm,,ni juga ujian kat mereka.....perangai mak dia aku, suka tengok ,,,sgt penyabar ,,,sebak gak sbb mak dia cekal jaga anak n layan krenah anak yang blh dikatakan terencat tue......memg moral value yang besar la gak, sbb si mak ni dapat terima yang anak dia maacm tue...

aku pernah terbaca dalam buku yang ada nyatakan "hidup berkeluarga ni pada dasrnya, lebih berkat , tenteram, dan teratur berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri"


haish......emmm,,,pengajaran lagi yang aku dapat...citer hindustan adakalanya banyak pengajaran n lagi hebat dari hollywood...cam slumdog millionaire, 3 idiot n bnyk lagila....


lagi satu nk gtau ,,hukum kawen ada 5 bg laki;
1)wajib-ada keupayaan ari segi kewangan "mahar", mampu sedia nafkah isteri lahr dan batin, dan yakin akan terdorong laku maksiat jika x kawen.
2)sunat-orang yang mampu,tp aman diri dr jatuh dari maksiat...(ni hukum asal berkahwin)
3)harus-yakin tdk laku zina jika x berkawen dan mampu.
4)makruh-bimbg jika kawen akan zalimi isteri,di smping, ada kelemahan fizikal, x mampu beri nafkah batin walaupun dia mampu dari segi kewangan .makruh jugak kalo kawen time negara berperang
5)haram -tdk dapat tunai kewajipan terhadap isteri lahir dan batin .dan yakin kalo kawen aniayai isteri...

emmmdahla....malas dah nk sentuh sal kawen.......(^_^)
jom,,nk isytihar hari senyum sedunia esok.......
moga esok kita ada peluang lagi untuk senyum untu terus menikmati hidup ini......pujilah ALLAH....pujilah ciptaan ALLAH....jika kita puji senyuman manusia lain sekalipun ibarat kita puji ALLAH s.w.t....kerana kita semua adalah hambanya dan ciptaannya....

ASSALAMUALAIKUM...W.T.W
MULAKAN HIDUP ANDA DENGAN NAMA ALLAH...(BASMALAH)
DAN JUGA SENYUMAN....(^_^)


sENYuM iTU hAlaWAh (^_^)







Friday, June 10, 2011

senangkah kamu bila melihatku sedih....
adakah aku ,engkau dan dia diciptakan oleh PENCIPTA yang berlainan...
aku punya mata, kenapa engkau juga ada mata???kenapa...??
aku diciptakan oleh ALLAH rabbul 'izzati....
engkau diciptakan oleh siapa???
jika kita dicipta oleh ALLAH ,,mengapa kita tidak mempunyai sifat yang sama....
adakah engkau senang dengan perangaimu itu....
adakah engkau senang menzalimi orang lain.....
mengapa???mengapa kamu begitu berbeza dengan lumrah manusia yang sukakan kedamaian...
adakah aku dibumi yang salah???
engkau dibumi atau aku yang terdampar di planet pluto....
mesti engkau senang, happy!! marvellous friends.....
engkau telah membuat aku sdar yang aku ini yang salah....
aku ini yang sangat lurus....
aku ini yang sangat yakin pada kata2 engkau......
bagus!!thumbs up,!! engkau telah membuat aku AWAS....
engkau telah mengingatkan aku pada ALLAH...
engkau telah mengingatkan aku untuk berkongsi dengan ibuku....
engkau telah membuat hubungan kami akrab....

emmmmmm,,my  mom's juzt said somethin last night.....
hehehehe,,ayat hikam...yang aku peganng.....
ALHAMDULILLAH....hari ini aku merasakan tenang.....

nak tahu apa kata azimat itu???wait ea.......hehehe,,penat baru lepas balik dri pra-test driving license......(^_^)
assalamualaikum dear friends...BELIEVE ALWAYS BE WITH U........

let's bygones be bygones ~~

perasaan  selalu teringat kat peristiwa tue selalu ada,lebih2 lagi kenangan pahit....
pahitnya kenangan itu, sehinggakan tidak mampu meluahkan 
sehinggakan berkali2 nasihat n motivate myself be strong....but it's nothing, perasaan tue memg buat kita terluka...

ari ni, istighfar banyk2x...supaya kenangan pahit x menjadi halangan untuk menyelesaikan hari2 mendatang ...AMIN...

yg lepas biarlah berlalu pergi (hati menasihati hati,,tapi hanyalah hati tahu betapa terlukanya hati)
dimana tempat merayu.....hanya ALLAH yang satu,,hanyalah dia mengetahui segalanya......

semua perasaan timbul balik,, post yang dahlama tak kelihatan kini kembali lagi .......A'UZUBILLAH....moga ini ialah suatu ingatan untuk aku terus cekal dan tabah....
YA ALLAH, bila fikiran buntu ,hati pilu kita blh berjam2 fikir benda yang bukan2 tuela yang blh menyebabkan seseorg mental a'uzubillah ......
semalam lepas balik dari belajar driving license, aku hampir nk menitiskan air mata....tapi nasib baik aku dapat tahan sebb aku dalam kereta ngn abang yang ajar aku n ada pelajar lain time tue...

sedih bukan sebb kena tengking,, tp sbb bila masalah kewangan bertimpa,, ni semuanya berlaku bila time aku nk exam sem 2 dulu....nasib baik aku sempat motivate balik myself...kalo x abis hancur result aku...walaupun last minute tp aku still dapat maintain 3 above...ALHAMDULILLAH....rupanya dugaan itu diberi dengan kejayaan ...menambhkan keyakinan aku yang ALLAH maha adil........aku yakin banyk  lagi nikmat yang bakal ALLAH berikan jika aku bersabar....

dengan akak n abg pun aku x citer,, but at last they know it from my mum,....emmm,,,aku gtau mak je....xnk yang lain marah aku....TUE DULU,,semua kisah dulu walaupun dah berlaku dua bulan lebih....BIARLAH LEPAS BASIT...BE STRONG K.....PRAY,,PRAY....ONLY ALLAH CAN HELP U.........BELIEVE IT,...
NASIB BAIK da yang memahami.....i'll be ok after dis dear friend....hanya rasa bersalah pada diri krana kadang2 x dapat terima apa yang berlaku...it's makeS my life worst ...but i'm happy coz ,dat make me n my family aqrab.....
at first,, my mum adviceD me strong n juz think bout my study....ok,, mum i'll do my best ...n abiskan lesen sblm abis short sem....HEHE

terkadang terfikir gak tak nak balik kampung,,,xnk jumpa my sis n pendam sorg2....but,, semuanya kalau pendam buat aku makin menggila n menangis............
EMMM,,,kadang2 aku mampu tangani ,,,langsung x nampak sedih depan org but sometimes, i couldn't when i'm alone.... i need friend to be with me....only be with me...don'y ask me anything....

sometimes when i tell others, they make me rasa bersalah .....
SUDAHLAH!! keep it up ur spirit.....ALLAH xkan sekali menguji hambanya dengan sesuatu yang dia x mampu.......juz believe it ALLAH ALWAYS WITH U....


tinggal 2 minggu lagi sblm exam....aku ada beberapa task untuk buat...kena siapkan esemen cepat2,, kena buat nota untuk final ni...nk kena setelkan lesen sblm abis tarikh matang...insyaALLAH i can do it...!!! chaiyok!!....
btw,,, thanx guyz lending your ears to my deep heart.............

hanya nak ilangkan sedikit stress dalam diri je.......!!
hehehe,,tengok aku da baik dah..takderla nk touchin2 macam tadi....all i need is motivate myself...n look,, i did it...hehehehe



YA MUQALLIBAL QULUB ThABBIT QULUBANA A'LA DIINIKA WA'ALA TO'ATIK...
ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR....

(^_^).....MAKE ME SMILE PLEASE...HEHEHEHE

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.....

Tuesday, June 7, 2011

jom berblog dikit (^_^)

khabarnya arini result dak ukm leh cek arini via smpweb.......
assalamualaikum semua,,,tahniah n congratez semua....nilah hasil yang kita dapat setelah kita usaha......JANGAN SEDIH,INGAT ALLAH........KALAU GAGAL X BERMAKNA KITA AKAN GAGAL LAGI KALO KITA BERUSAHA...


sape2x yang dapat result yang baik jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH NI Pulak jangn kat tulisan ianya perlu ditaqrirkan dengan lisan barulah menampakkan rasa syukur kita yang betul,,,buat sujud syukur,,,

ok ,,sekali lagi buat kawan2 yang rasa ilang mood sebb result x ok n rendah.......ingtla ANDALAH insan terkunci yang dianugerahkan ALLAH kejayaan yang besar jika anda BERSABAR....ingat dan yakinlah SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA, kita tidak tahu di masa akan datang mungkin kita akan beroleh kejayaan itu....kita dah lakukan USAHA+DOA+TAWAKKAL kan...so,,skunk kita redha dengan ketentuanNYA...........kita manusia a.k.a al-insan yang dijadikan khalifah dimuka bumi,....kita bersyukurlah dengan pemberiannya......
ALHAMDULILLAH......3X....

janganlah lupa untuk kita kongsi segala kegembiraan dan kesedihan dengan ibu bapa kita....kita GAGAL ....bermakna usaha yang lebih diperlukan masa depan...Kta BERJAYA ...bermakna kita kena bersyukur dan teruskan perjuangan...
jangan sekali mengeluh dengan apa yang telah ditakdirkan.....bersabar, masa depan kita boleh berubah jika kita mahu berubahnya.......

silap kita kerana kita leka dulu...perbetulkan pda masa depan....
KAWAN2X....BANGKIT!!! teruskan jihad kita menuntut ilmu dijalan ALLAH s.w.t..................doa pada masa akan datang "semoga ari mendatang akan lebih indah dari hari terdahulu" amin ya ROBB ALAMIN......





be positive......LA TAKHAF WALA TAHZAN ...INNALLAH MA'ANA...
ASSALAMUALAIKUM W.T.W............

Monday, June 6, 2011

today is 7th june....(^_^)

masa berjalan dan terus berjalan.......tepat pada pukul 415am ni aku tiba2 tersedar sbb nyamuk banyak sgt....ALHaMDULILLAH, blh la aku bangun sahur ....baru je tdo tadi pukul 1am,,,baguslah kadang2 tdo yang ambil waktu yang sedikit pun kalo tdo tue dapat mnyegarkan badan, kita da blh rasa fresh da slps tue.....emmm,, x berani nk tdo balik takut kalo tdo balik terlepas subuh, a'uzubillah...
hasbi rabbi jallALLAH MAFI QALBI GHAIRULLAH NUR MUHAMMAD SOLLALLAH.3X......LAISA LAHA MIN DUNILLAH HI KASYIFAH..3X
pasang playlist zikir sikit, tuk bg makan rohani gak kadg2x......

hari ni 7 june tggl brp ari akan balik kampung meninggalkan ukm dan khususnya kolej dato' onn ......menghitung dan terus menghitung la nampaknya....esok result kuar, cuaks+takut yang menggunung....walaupun mulut kata "lepas biarla lepas" tp hati gundah gelana...nasib baik la ada hutang kalo x da ditakdirkan tahu da result via sms ni...tersekat hutang menyebabkan cek smpweb jelah nampaknya....tue pun kalo blh cek...hutang yang berjumlah RM309 ,hehee ni mesti hutang penginapan +yuran pengajian sem pendek ni.....xpelah,,nnti2 bayarlah...buat masa skunk nk guna duit tuk tanggung makan minum diri pun belum tentu cukup lagi...

td tolong cekkan result junior yang dari indonisi, dia message via fb suh ceh...siap bagi no. matrix n no ic ...no ic dia mula u kat depan,, 1st terkejut gak, lepas tue baru teringat dia bukan warganegara memglah macam tue icnya...emmm,,kat message tue gtau pngs ,pngk n gred setiap subjek....walawegh.....istighfar 40 kali aku,,kalo result dia da macam tue ...camne lah result aku pulak agaknya...ish,,buat aku makin cuak....
tuela masa belajar malas,, benda yang simple pun selalu tertinggal....masuk tandas ada gak terlupa nk tutup kepala tuela yang buat otak susah sikit nk terima ilmu,,,sbb da tercalit najis masa masuk tandas...".kita bukan nampak kalo syaitan calit najis kat kita sbb kita xleh nampak dia, so kenalah cover kepala kita " gtau ustaz aku masa kat sekolah rendah......
emmm,,bila pikir balik,betul gak apa yang ustaz aku gtau tue..sbb amalan tutup kepala amalan muslim jugak n sahabat nabi tutup kepala gak sebagai salah satu cara tuk elak mnda lemah untuk ingatan
....
xtau nk abiskan tulis blog ni kat mana...kosong lak idea sbb da terbanyak pikir pasal result.......apa pepatah arab kata??emm"man jadda wajada ma zaro'a hasoda" yang maksudnya cam gini lebih kurangnya "siapa usaha dia berjaya, siapa yang menanam dapat hasilnya"

ish,,gelisah la gak.....tinggal tawakkal je....tinggal 19 jam lagi sblm masuk 8th june...apa yang aku buat sem lepas,,tuela yang aku bakal dapat...banyak terfikir benda buruk la aku ni....ish,,,nyah ko dari sini fikiran buruk" cam skrip hantu kak limah balik rumah...fikiran ni buat aku bersangka buruk kepada ALLAH 'AZZA WAJAL pun.....su uzzonn....(sangka buruk) atas kekuasaan ALLAH....ish,,a'uzubillah.....insyaALLAH ,positifkan minda ,,terima setiap sesuatu dengan redha n husnuzzan (sangka baik) atas takdir yang telah ditentukan..kerana itulah yang terbaik untuk kita dan ada seribu hikmah di sebalik setiap yang berlaku....

kawan2x.....jom kita sematkan kat minda kita yang kita ni hidup kerana ALLAH...ALLAH la yang membantu kita....YAKIN2X,,,walaupun kita susah kita yakinlah ALLAH jugak yang akan tolong.......bukan ibu bapa kita,,kawan2x kita pun x blh tolong, kerana mereka tiada kekuasaan itu......
ya ALLAH3X....LA ILA HA ILLALLAH 3X, MUHAMMADUN RASULULLAH 3X......


assalamualaikum w.t.w.......................(^_^)












Sunday, June 5, 2011

donno....(^_^)

Pantun agama disebut juga pantun dakwah ,credit to blogger

dunia penyair..

Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon

Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut

Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah

Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia

Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati
 
Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga

Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah

Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?

Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan

Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat

Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi

Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan

Sang puteri pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang
  




  xtau nk buat apa......so post nio diharapkan dapat membantu anda menghilangkan boring macam, saya ea,,..
http://penyair.wordpress.com/2008/05/06/pantun-agama/...........ni link blog yang aku kunjungi .....hehehe,,