Pernah terbaca satu nukilan yang mengatakan bahawa dunia ini merupakan neraka bagi alim ulamak, manakala akhirat lah merupakan syurga yang dicari.. Namun, sebaliknya bagi mereka yang jahil, dunia merupakan syurga dan akhirat adalah neraka sebab itulah jika dilihat orang yang jahil akan berfoya-foya di dunia bagaikan hidup dan dirasakan mereka tidak akan menempuh kematian.
JOM berdoa, di sini saya kongsikan doa untuk kita sama2 Aminkan dan amalkan..
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ
للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta
pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas
keizinan-Mu untuk kami mengadakan Majlis Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan
kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami ke program ini.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati
dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan
yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada
kami, ibu bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat
seperjuangan dalam bidang pendidikan.
Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang
penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka
ampunkanlah dosa-dosa kami;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah
kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka
kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan
diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara
seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat
demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik
dan bercerai berai, maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang
dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
. اَللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ عَيْبًا
إِلاَّ سَتَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ
قَضَيْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ هِيَ لَكَ
رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“Ya Allah, janganlah Kau biarkan pada diri
kami suatu dosa kecuali Kau ampuni, suatu cacat kecuali Kau tutupi, kesusahan
kecuali Kau berikan jalan keluar, hutang kecuali Kau lunaskan, kebutuhan
duniawi dan ukhrowi yang Engkau ridhoi dan baik bagi kami kecuali Kau penuhi,
wahai Yang Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih.”
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ
تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ
مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
“ya ALLAH, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan
yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang
terpelihara.dan janganlah Engkau biarkan Ya ALLAH, apa yang ada pada kami, juga
yang ada beserta kami, juga mereka yang bersama kami penderitaan dan kegagalan.
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ
رَبِّ العَالَمِيْنَ
AMIN…AMIN YA ROBBAL ‘ALAMIN.