~~PlaYlisT~~

Followers

Sunday, September 13, 2015

Akauntan di zaman milenia

Alhamdulillah,

no more sigh..
sungguh hidup ini memenatkan, bangun pagi, p kerja kalau ari weekdays, weekend pulak tdo.

sebenarnya bukan hidup semua orang macam ni.. sebenarnya hidup aku je.. jadi b3rantakan entah kenapa.

selalu aku cakap kat diri bersabarlah, one fine day u will find ur happy life.

bukan semua benda senang nak dapat, kalau bukan kerana tekad dan azam dan doa..insyaALLAH semua jadi baik dan ok..

sekarang ini, aku hanya ada satu aset yang mampu dibanggakan, motor lc plate no. dari negeri sembilan. alhamdulillah, sekurangnya ada kenderaan yang boleh aku naiki untuk ke pejabat.

kerja sebagai akauntan, bukan senang2 kome2 nak suruh tukar kereta honda city, civic, tapi sebenarnya nak pakai kereta myvi pun aku berkira2. dalam kepala nak pakai perodua axia je. itupun kalau diizinkan ALLAH, insyaALLAH..

Sebenarnya, aku sangat berkira bukan disebabkan aku seorg akauntan. tapi sebab aku pernah hidup susah, susah nak dapatkan benda bilamana ada adik beradik berbelas orang. semua kau perlu berdikari.

aku beli basikal dulu dengan duit sendiri, dengan duit aku kerja kat kilang tembakau. aku beli motor lc skunk ni pun cash bayar guna gaji simpanan tempat kerja pertama masa kerja dengan UKM.

Alhamdulillah, ALLAH sudah persiapkan aku dengan kecukupan yang begitu aku sayang. ya ALLAH, seharusnya aku harus sentiasa malu pada ALLAH. aku beribadah secara lagha, bukan bersungguh ibarat apa yang dr. zakir naik beritahu, ALLAH tidak memerlukan sebarang pengabdian hambanya. sebaliknya kitalah sebagai manusia yang memerlukan ALLAH.. ALLAHU AKBAR.

sungguh, nak berjaya betul2, aku kena cari jalan yang betul2.. samalah seperti apa yang aku lafazkan dalam bacaan solat, iaitu surah alfatihah. pengharapan untuk ditunjukkan jalan yang lurus. moga ALLAH perkenankan doa aku. Aamiin.

Sesiapa yang membaca ni, doakanlah semoga aku dapat jadi akauntan yang baik. walaupun x kaya, insyaALLAH, semoga kaya hati. kaya naluri kemanusiaan untuk menolong org bila mereka kesusahan.aamiin.

semoga aku redha semuanya, walaupun dah banyak kali ditipu. ramai yang menipu, bila nak pinjam duit. tapi x bayar, moga allah gantikan kesedihan ini dengan kegembiraan hati aku.

semoga semua husnu dzhan ALLAH bayar dengan benda2 baik..Aamiin.
bukan senang nak senang, dan bukan susah pun nak senang. semuanya atas kehendak ALLAH.

walaupun, semua dalam rumah aku ni ada kereta. aku still kata sabar, ada banyak benda lagi yang ko kena fikir basit. aku tak nak menjadikan benda materialiti atau komitmen bulanan macam kereta tu jadi asbab aku nak bagi duit kat mak dan ayah. emm, yezza nampak ada lojik disitu. ada banyak perkara kat dunia ni yang ko nak x semestinya ko mesti tunaikan walaupun ko mampu basit. hanya mampu monolog untuk cekalkan hati.

yela, manusia mana yang tak sedih. bila, kawan2 perli. keje akauntan tapi kereta takde, emm, duk rumah jela. tutup telinga, sekurang2nya, akulah tempat kawan2 aku mintak tolong pinjam duit bilamana mereka sengkek bila tarikh gaji jauh lagi. kan..

biarlah kau kelihatan papa, asalkan kau tidak meminta. jangan asal bergaya hidup papa. kan.

yezza..itulah lojiknya aku tak pakai kereta. walaupun selalu diperli. sebab aku ni berkira2 bukan sebab aku akauntan, tapi aku orang yang pernah hidup susah. manja tapi aku berdikari jugak kan..at least, hidup tak menyusahkan dan harapnya mati pun tak menyusahkan..aamiin.

Saturday, July 4, 2015

RAMADHAN KAREEM

ALHAMDULILLAH...

SYUKUR TERAMAT SANGAT DIHIDUPKAN LAGI DI BULAN PENUH KEMULIAAN, SUNGGUH RAMAI YANG MERINDUKAN RAMADHAN INI..

MALAM 18 RAMADHAN, BAHARU SAHAJA SELESAI KITA MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN HARI INI. BULAN PENUH KERAHMATAN.

PENULISAN KALI INI MENGGUNAKAN 'CAPSLOCK' MEMANDANGKAN SEKARANG BUKAN WAKTU YANG SESUAI UNTUK MENAIP DAN MERANCANG UNTUK MENULIS BLOG NI.

HARI INI, TANGGAL 4 JULAI 2015, 8 RAMADHAN 1436 HIJRAH AKU MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN DI BUMI BANGI. MASIH LAGI BERPUASA DAN MERASAI JUADAH BUKA PUASA WARGA BANGI. RINDU MASAKAN MAK, INSYAALLAH MINGGU DEPAN BARU BALIK KAMPUNG.

DALAM PENAT MEMIKIRKAN KERJA, DALAM PENAT AKU ULANG-ALIK KE PUTRAJAYA, SIAPA SANGKA DAH GENAP SETENGAH TAHUN LEBIH AKU KERJA DI LEMBAGA PEPERIKSAAN. ALHAMDULILLAH. MAKSUDNYA, AKU DAH KENA BELAJAR MEMULAKAN CERITA ' SAYA DAH HAMPIR SETAHUN KERJA' BUKAN 'SAYA BARU JE KERJA TAK SAMPAI ENAM BULAN'.

SIAPA SANGKA?

KERJA KERAJAAN NI BUKAN SENANG BANG OI....!
BUKAN MUDAH MACAM YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN MULUT-MULUT ORANG KITA. LAGILAH JAWATAN SEBAGAI AKAUNTAN NI.
ORANG PERAK CAKAP ' KOME KEREJE NI KENALAH 'MULTI TASKING' TAK GITU?'
SEMUA BENDA KENA TAHU, DARI OPERASI KERJA, IAITU BERMULA PERANCANGAN KERJA, PELAKSANAAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN TAK KE SEMUA TU MEMERLUKAN 'ORANG KEWANGAN'? ATAU BAHASA MUDAHNYA AKAUNTAN.

MACAM-MACAM BENDA YANG AKU BELAJAR, DARI CARA BERKOMUNIKASI DAN BERMESYUARAT. SEMUA AKU KENA BELAJAR DENGAN CEPAT. BUKAN SETAKAT ITU, INGATAN YANG BAIK BOLEH JADI ADDED VALUE SETIAP AKAUNTAN KERAJAAN NI. SEMUA FIGURE  PERUNTUKAN, PERBELANJAAN, DAN BAKI KAU KENA INGAT.

ITU JE KE?

EMM, KALAU SETAKAT ITU AKU PUN GEMBIRA BUKAN KEPALANG LAH KAN. KALAU DAH KAU BERURUSAN DENGAN KEWANGAN KENALAH BERINGAT DAN BERHATI-HATI. SEBAB YANG DIBELANJAKAN ADALAH WANG AWAM. AMANAH RAKYAT, JADI SENDIRI MAU INGATLAH. PEKELILING DAN PROSEDUR SERTA DOKUMENTASI KENALAH PATUH DAN AKUR. KALAU TAK, IBARAT LETAK PISAU DI TENGKUK PASTU CUBA TOREH MATI TAK?

HAHAHAHA....

EMM, TAPI DAH NAMA ISLAM TU. REDHA, SEBAB ALLAH DAH TETAPKAN KITA DENGAN KERJA YANG SEBENARNYA SESUAI DENGAN KEMAMPUAN KITA. APA NAK HERAN? HUSNU DZHON LA, ADA SERIBU HIKMAH YANG KITA TAK TAHU, TINGGAL YAKIN DAN TAWAKKAL. INSYAALLAH, JALANNYA UNTUK KE SYURGA LUAS SELAGI MANA KITA AMANAH DENGAN TANGGUNGJAWAB KERJA KITA.

CARILAH JALAN, KATA2 MOTIVASI DAN CARA MENGUBAH SIKAP MALAS.!! OK, INI NASIHAT UNTUK AKU YANG MALAS NAK MEMBACA. MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN KERJA AKU, ITU YANG AKU SELALU DOAKAN DAN HARAPKAN KALIAN DOA. BUKAN SENANG NAK BEKERJA DENGAN OTAI, SENIOR DAN 'KEPALA BATU' HEHE....

MAAF, BUKAN KEPALA BATU PUN SEBENARNYA, TAPI KADANG-KADANG BILA BOS NI MUDA SANGAT 24 TAPI SEBENARNYA BULAN 8 NI BARU 24 YANG KAWAL ANAK BUAH YANG UMUR 30-AN, 40-AN DAN 50-AN. SIKIT LA NAIK KEPALA..HUISH, KESAT PELUH LA JAWABNYA.

BTW,

BANYAK YANG AKU SUDAH BELAJAR..
BELAJAR MENERIMA SEADANYA,
BELAJAR BERSYUKUR,
BELAJAR UNTUK MENERIMA TEGURAN.

JANJI KITA TAK EGO, SOMBONG DAN TINGGI SUARA DENGAN ORANG LAIN WALAUPUN KITA RASA SANGAT NAK MARAH. WALAUPUN GRED DIA RENDAH, ITULAH YANG AKAN MEMATANGKAN KITA KELAK. KALAU DITAKDIRKAN KITA MENJADI PEMIMPIN NEGARA...AAMIIN MOGA TERMASUKLAH KITA DALAM KALANGAN ITU.

MOGA-MOGA DOA DIMAQBULKAN DALAM BULAN RAMADHAN KAREEM NI.

EMM, AKU TERFIKIR MACAM NI......PERNAH TAK KORANG FIKIR??? (AYAT SOAL) KIKIKI.. MOHON KEPADA ALLAH UNTUK DITAKDIRKAN MATI BULAN PUASA.

BANYAK KALI WOOO... YELAH, MANA TAKNYA.. TIME AKU LALAI, SUBUH AKU KE LAUT (SUBUH GAJAH), YELAH KEJE2 NI PENAT (ALASAN JE) PASTU AKU ADA PENYAKIT YANG SAKIT KEPALA KALAU BANGUN PAGI2. MALU NAK POST  DEKAT FB, YELAH SEBELUM NI POST YANG AYAT ISLAMIK, BAJET ALIM. TAPI SOLAT 5 WAKTU KE LAUT, SOLAT LEWAT BILA SOLAT TENGOK JAM SYAITAN KATA LAMBAT LAGI PASTU DUK IKUT TELUNJUK SYAITAN.

YA, ALLAH JAHILNYA..

EMM, SEBAB INILAH SALAH SATU AKU DOAKAN SUPAYA DIMATIKAN AWAL. TAKUT BUKAN KEPALANG KALAU MAKIN MENINGKAT UMUR MAKIN BANYAK DOSA, DAH TU, SEKARANG 24 TAHUN, TENTU BANYAK DOSA.

TAPI,

SYUKUR SANGAT ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN.

KALAU ISTIGHFAR ALLAH BAGI KAYA
KALAU ISTIGHFAR LAGI ALLAH BAGI TENANG
DAN KALAU ISTIGHFAR LAGI ALLAH BAGI ANAK..
DAN YANG PALING PENTING ALLAH BAGI HAPUS DOSA YANG LALU.
JADI SEBUTLAH.......

ISTIGHFAR... ASTAGHFIRULLAH (AMPUNKAN AKU YA ALLAH)..AMPUNKAN AKU YA ALLAH.....

YA ALLAH, MOGA AKU DIMATIKAN DI BULAN RAMADHAN INI. INSYAALLAH, AKU TAKKAN PERNAH GENTAR UNTUK BERDOA SEMACAM ITU. SEBAB ITULAH HUSNUL KHATIMAH, INSYAALLAH., KALAU DITAKDIRKAN AKU TERIMA..

RODHITU BILLAHI ROBBA, WA BIL ISLAMI DINAA, WA BI MUHAMMADIN NABIYYAN WA RASULAA.

NAH BAGI LINK NI.....KLIK YE.
https://www.youtube.com/watch?v=doVVtCgV8LQ

SELALU LA SEBUT DALAM HATI-

REDHAKAN ALLAH, ITU TUHAN KITA, ISLAM AGAMA KITA, DAN NABI MUHAMMAD NABI KITA DAN RASUL PENYULUH KITA...

MOGA KITA REDHA, DAN TIDAK MUDAH TERPESONG WALAUPUN DATANGNYA AGAMA WAHABI, SYIAH DAN AGAMA2 BUATAN LAIN YANG MENYALAHI AQIDAH KITA.. MOGA BERMANFAAT..

KALAU DITAKDIRKAN AKU MATI, MOGA2 PENULISAN INI DAPAT DIKONGSIKAN SEBERAPA BANYAK..

MOGA2 PAHALA2 PENULISAN AKU NI SAMPAI KE KUBUR DAN MENGANGKAT KE DARJAT ORANG2 SOLEH.....- DENGAN SANGKAAN BAIK SEMUA - INSYAALLAH, AKU AKAN JADI ORANG BAIK. DAN BERSANGKA BAIKLAH MOGA KITA AKAN MATI DALAM IMAN, ISLAM DAN HUSNUL KHATIMAH.. KERANA APA???


SANGKAAN ALLAH KAN, PADA SANGKAAN HAMBANYA.

LAGI PESANAN AKU LAH;;;;

HEHEHE, YELAH...
ALANG2 NAK PESAN. PESAN BEBANYAK, MANA TAHU YANG BAIK INI AKAN JADI SYAFAAT DAN BENIH YANG MENJADI BAJA YANG MENYUBURKAN DAN MENERANGKAN KUBUR AKU YANG GELAP.

1) BILA BEKERJA TU, JANGANLAH MEMONTENG... LAGI2 KERJA KERAJAAN.. JANGANLAH BALIK ON TIME, KALAU DAH TAHU DIRI TU BANYAK "MENGULAR" GAJI KITA TU NANTI TAK BERKAT...

2) LAGI - KALAU RASA DAH TAHAP NAK MAKAN TU DAH RASA KENA MAKAN MEGI, PEGI KOL MAK CEPAT2, BAGI DUIT SIKIT DEKAT MAK AYAH. YELAH, YANG MISKIN TU SEBAB TEGURAN KEPADA KITA YANG KEDEKUT KUDA JE. DAH BANYAK SANGAT BERHUTANGNYA KAN. LOAN KERETA, RUMAH, ASB PUN BUAT LOAN.. HMMM

3) EMMM, YANG NI PUN PENTING JUGAK... BILA DAH BUAT SALAH TU PERGI LAH MINTA MAAF. BUKAN KENA BAYAR PUN, YELAH NANTIKAN ORANG YANG KITA BUAT SALAH TU DOA BUKAN2.. NAYA KITA', SEBAB DIA DAH KENA ZALIM..HEHEHE.
UCAP TERIMA KASIH SEKALI SEBAB BAGI PELUANG.. (NI PUN NASIHAT UNTUK AKU)

............(4),(5) DAN SETERUSNYA CARI SENDIRI..

SEBAB AKU PUN BARU NAK BELAJAR BAIK. YELAH, POST NI PUN SEBAB TERINGAT KALAU2 AKU MATI, KENALAH TINGGAL BANYAK2 PESANAN BAIK MOGA AKU DAPAT PAHALA BERKONGSI..

BENDA SEMUA ORANG DAH TAHU... CUMA NAK INGATKAN JE.

KALAU DITAKDIRKAN AKU UMUR PANJANG PUN, AKU REDHA...
MOGA2 AKU MENDAPAT HIDUP YANG BERKAH, YANG MENDAPAT RAHMATNYA, DAN BERUBAH MENJADI ORANG YANG ISTIQAMAH SOLAT AWAL, PUASA SUNAT BANYAK2, BUDIMAN, PEMURAH DAN RAJIN BACA BUKU UNTUK KONGSI ILMU DENGAN ORANG LAIN.

OK? NNTI DELETE PERKARA "KALAU''...YANG TU SEPATUTNYA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.

SETAKAT ITU SAHAJA PESANAN DARI HAMBA ALLAH YANG BANYAK DOSA, YANG TAKUT HIDUP, MOGA DIAMPUNKAN DOSA SEMALAM DAN YANG LALU.

KERANA ITULAH YANG AKU HARAPKAN........

KEAMPUNAN UNTUK MEMASUKI SYURGA ALLAH TANPA PERLU BANYAK SOAL..
AAMIIN (MOGA HUSNUL DZHON INI DIMAQBULKAN BERKAT DOA ORANG YANG MEMBACA)

ASSALAMUALAIKUM....



Saturday, February 14, 2015

Dunia vs Akhirat

Bila waktu telah berakhir.

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memenggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/11/lirik-bila-waktu-telah-berakhir-opick.html#ixzz3RjtS1NhE

Thursday, February 12, 2015

Murabbi TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
The one who never be replaced..

Tonight will be historical night, we are surprising by news of TGNA left us on 945pm.

May Allah bless u tuan guru, our murabbi who never be replaced by others.

The one who will be remembered everytime.

Rest in peace tuan guru, you have a very tiring and challenging life. Your belief of sunnah of our beloved prophet will always be remembered InsyaAllah..

You left us on thursday night and the same night as syeikh hassan albana left us. May Allah bless u tuan guru.

There is no such comparisons and description to all this sadness. We all will always miss u.

I am very sure, this world is sharing the same feelings. Although we never met and i have no chance to meet you but i'm really sad and have this sad feelings like we are sharing the same blood.

It is feeling like we miss our beloved prophet Muhammad peace be upon him (pbuh). O ALLAH, spare the best place to our beloved tuan guru..

The one who have strong determination to guide us and have strongly faith to ALLAH. The one who have scheduled with benefits time, give ceramah to ummat eventhough you have a very limited rest time.

A humble politician who never look at money. Staying with family in a very small house athough you are a well respected leader in kelantan.

Tok guru, you are the only leaders in malaysia who have practice sunnah. You wore serban and jubah in your daily life will be remembered. You are our icon, your left will never be replaced.

You have your own philosophy, you treat others same, and treat this world as a place to collect a maximum point for the best reward at akhirat. You showed us a way which lead to a right path and make a lead to "HUDUD" as a guidance to a truely fair judgement .

إنا لله وإنا لله راجعون. اللهم اغفرله واعف عنه

O ALLAH, bless us in whatever we are doing. Show us the right path, give us the best endings of our life and give us chance to say this ultimate word
لا ءاله ءالا الله، محمد رسول الله

Akauntan w41

Assalamualaikum semua...

Mulakan hari ini penuh semangat dengan semangat membara dan bukan membera ea..
Sungguh indah kehidupan ini.......
ALLAH jadikan pelangi itu untuk kita melihat kecantikannya memuji subhanallah, dan bersyukur Alhamdulillah..

ALLAH, 24 tahun ni. Tapi bukan secara rasmi lagi, masih 23 lagi kalau ikut umur kad pengenalan.

Abdul basit bin mustapha, Akauntan w41 dah.. segala puji ALLAH yang memaqbulkan doa orang2 sekeliling yang baik dan berkah untuk aku jadi salah seorang akauntan walaupun rasa sangat tak layak..

Sungguh, 22 tahun dah jadi graduan UKM dalam bidang sarjanamuda perakaunan dengan kepujian. Juga tidak aku faham dan sangka aturan itu, sungguh mudah dan selalu dipermudahkan..dan aku harap terus dipermudahkan.

Jadi manusia ini sangat rumit, khalifah yang ditiupkan ruh untuk mentadbir dunia yang didalamnya semua orang berebut untuk hidup dengan mengejar kekayaan, pangkat dan harta tanpa pernah bersyukur.

Awal2 dulu, aku salah seorang yang terpilih untuk peperiksaan daripada beribu yang minta jawatan akauntan skim kewangan (W) ni. It' s not easy, yeah. But still i believe if there is a reason and effort it will be me to be a part of government. :) it's mean you have to husnul zhon with everything you did and are doing.. really, it's a promise from ALLAH and  stated in his kitab.

Alhamdulillah, lepas peperiksaan 4 kertas yang aku duduki aku tawakkal no matter what, and how worry i am, still need to think positively.

Alhamdulillah, after a month waiting for the result . I have passed 1st phase, and have to attend assesment phase di jabatan akauntan negara (JANM). Am I the lucky one?, thinking and praise to ALLAH.. but, the journey still long. This phase, will be a tougher phase to me because of experience. Emm, that whole day was very tiring. Really, ada 4 peringkat yang perlu tempuh, but that tiring was not effect my courage to give my fully commitment and that was my first step to sharpen my skills including my softskills and my knowledge.

Alhamdulillah, i was selected again. From about 1000 who attend that assessment..waiting my interview day with heart rate beat hardly it's really unexplained day, i was told by my friends the ratio to be selected was quite small compared with interviewees who attend that assessment. Yelah, bnyk pusat ada assessment, dan di putrajaya.shj ada hampir 10 pusat.

MasyaAllah, masa ditemuduga, sungguh confident disebabkan preparation was done properly. Pergi google sana dan sini, tekan link sana link sini, duk search common questions untuk interview. Macam2 google, hinggakan setiap page dan blog kerajaan aku masuk and tulis nota. Seingat aku, 2 buah buku tulis aku sempat buat nota. And that day, aku ditanya benda yang unexpected questions, sungguh.. tapi itulah, masa dalam bilik tu pun kena positif juga, cuba yang termampu.
Buat yang termampu, walaupun masa tu dah kurang yakin..

Keluar je bilik dan tempat temuduga terus pergi serbu kereta cakap mak dan ayah. Tak yakin dapat, tapi depa duk nasihat " Insyaallah, ada rezeki ma n ayah dah doa". Kuasa ALLAH yang menjadikan kita dan ibu serta ayah kita, doa mak dan ayah maqbul..Alhamdulillah

Untuk pengetahuan, mak dan ayah sanggup pergi hantar temuduga, pergi tunggu luar sampai habis..Alhamdulillah.. sungguh luar biasa doa ibu ayah.

Terima kasih ALLAH..walaupun, aku muda, pengalaman sikit, muka pun belum matang. Tapi ENGKAU telah takdirkan aku terpilih..Insyaallah, buat yang terbaik..moga selalu dipermudahkan urusan hidup dan mati aku..AAMIIN TSUMMA AAMIIN..

Thursday, May 29, 2014

Allah sayang kita...

Pada masa kita senang apa yang telah kita lakukan? Ada kita mengucapkan rasa syukur?sungguh setiap dari kita mengetahui diri kita, tahap iman kita, kemampuan kita. Disebabkan itulah kita sentiasa takut tergelincir ke lembah dosa yang hina.

Pada masa kita takut, apa perkara pertama yang kita ingat? Apa pertolongan yang kita harapkan? Sungguh, Allah tidak pernah melupakan kita, sebaliknya kitalah yang sombong yang tidak mahu mendekatkan diri kepada ALLAH pencipta yang maha kaya.

Masalah? Banyak masalah? pening kepala memikirkan hal keduniaan? sungguh ayat beginilah yang terkeluar dari mulut kita yang tidak disangka-sangka menyebabkan kita mengeluh dengan ujian kecil yang ALLAH sediakan pahala besar di SANA. Sungguh kita manusia pelupa, sebelum ruh ditiup kita telah berjanji melakukan ibadah yakni hidup dan mati hanyalah kerana ALLAH taala. Janji hanya tinggal janji bagi setengah manusia.

Bagi mereka yang beragama islam sekarang ini, dek kerana iman yang lemah sering terikut dengan fahaman dan trend masa kini yang sebenarnya telah jauh terpesong dengan lunas islam, bahkan jika tidak bersangkutan dengan aqidah ada juga yang menampakkan hilangnya adab islam di mata orang bukan islam.

Sungguh banyak alasan manusia akan dikaitkan dengan perkataan LUPA, disebabkan itulah kita selalu sangat diingatkan melalui medium penyampaian tazkirah secara langsung ataupun tidak langsung. Ada dari kita ditegur secara hemah melalui teguran, melalui sindiran yang mana dirasakan perlu. Teguran ini semuanya didatangkan kepada kita dengan kehendakNYA untuk memberi peringatan kepada kita. Teguran yang tidak langsung? ujian kemiskinan, kematian, kesusahan boleh jadi teguran yang didatangkan kepada manusia untuk menegur kelakuan kita yang kadangkala melampaui batas.

Kenapa entri kali ini bertajuk "ALLAH sayang kita"??, kerana kita hambanya, ya.. itulah sebabnya kerana kita hambanya yang diciptakan mempunyai tujuan yang jelas. Pengabdian kita kepada ALLAH merupakan suatu bentuk kesyukuran di atas penghidupan yang diberikan. Kesyukuran ini akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal bahkan lebih!! ALLAH, sentiasa menyediakan yang terbaik buat hambanya, sentiasa menunggu doa pengampunan hambanya, kerana rahmat ALLAH itu luas yang tidak terjangkau pemikiran manusia.

Kadangkala kita mengambil mudah berkaitan rahmat ALLAH, sering menghukum manusia dengan kebijaksanaan kata-kata kita. Bahkan sering menilai manusia dengan keburukan masa lalu bukan dengan kebaikan masa sekarang yang dilakukan. Sungguh kita menjadi "masyarakat' yang rugi!!, masyarakat yang mana tidak jauh bezanya dengan zaman jahiliah, bahkan lebih teruk lagi kerana kita telah mendapat ilmu manakala masyarakat zaman jahiliah memang kebanyakannya jahil. 

ALLAH, sayang kita.. ya ALLAH sayang kita..
yakinlah, dengan setiap keyakinan kita dan dengan setiap penuh pengharapan kita kepadanya serta sangkaan baik kita kepada ALLAH,  insyaALLAH setiap pengakhiran suatu masalah dan ujian adalah BAHAGIA yang kita akan dapat. Begitulah tekunnya ulama' hidup, mereka senang dengan ujian, kerana dengan ujian itulah mereka menyangka ALLAH sayangkan mereka kerana ALLAH akan datangkan suatu ganjaran besar yang tiada tandingannya dengan isi alam ini.

Belajarlah mengenali diri, belajarlah mengawal nafsu. Dengan mengenali diri, insyaALLAH kita akan mengenali pencipta. sifat hebat pencipta, namun janganlah berfikir dengan melampaui pemikiran manusia dengan mengandaikan segala zat ALLAH kerana setiap yang berkaitan dengan zat ALLAH adalah di luar jangkauan pemikiran manusia yang normal.

ALLAH, sayang kita. selidiklah doa kita yang kita bukukan dalam diari kehidupan lalu. Hidup kita, jika dikenang penuh dengan kebahagian kerana kebanyakan doa telah dimakbulkan. Kadangkala, ALLAH tidak makbulkan doa kita kerana ALLAH mahu memberikan yang lebih baik dan mengkehendaki hambanya terus bersabar dan terus berdoa. Rahmat ALLAH itu sangat luas kan?

ALLAH, kami berdoa agar kami terus ditetapkan iman dan tetapkan islam sebelum kami mati. Lembutkan kalam lidah kami disaat sakaratul maut untuk kami mengucapkan LaIlaHaillALLAH. Kami memohon rahmatMU didunia dan juga di akhirat. Semoga entri kali ini memotivasikan penulis untuk terus tabah dalam menghadapi dunia yang terus mencabar ini.. AMIN.



Tuesday, March 4, 2014

Hati berbisik, Iman Tercabar..


Bila Hati diuji,,,
Bilamana Datang pilihan2 yang membuatkan kita berfikir untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan, ketika itu mintalah dorongan kepada yang Maha Esa, ALLAH ...

Banyakkan mentadabbur ayat suci, Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada kita...
Bilamana hati kecewa, sedih, gelisah, ingatlah akan penawar yang telah disediakan kepada kita. Penawar itu tidak lain dan tidak bukan ialah melalui Al-quran. Bacalah walau sepotong ayat, insyaALLAH hatimu cukup kuat untuk menjadi yang terkuat rohaninya.

Doa senjata orang yang beriman, maka berimanlah dengan tuhan yang satu seterusnya berdoa untuk menggapai hidup yang sakinah, mawaddah dan barakah.

PEGANG DADA, UCAPLAH ''INNI AKHAFULLAH> SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH" BILAMANA HATI MATI DAN BERFATWA SENDIRI KE ARAH MAKSIAT..

ISBIR YA QALBI, BERSABARLAH DUHAI HATI>> SUNGGUH DUNIA INI UJIAN UNTUK KITA UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAN ABADI DI AKHIRAT


Monday, February 17, 2014

AYuh Pemuda Bangkit Lawan Nafsu Amarahmu. :)




Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W)...

Alhamdulillah semakin hari kita semakin melihat perubahan pada anak muda sekarang...
Banyak perubahan ini berlaku kerana semangat yang ditunjukkan oleh ustaz TAIKO UAI, Ustaz DON, Ustaz Abdullah KHairi yang menjalankan dakwah seiring dengan isu semasa.. ALHAMDULILLAH, setiap dakwah itu juga memberikan impak dan kesan yang amat luar biasa kepada diri aku..




AYuh anak muda!!! jom kita pertingkatkan amalan, perbaiki akhlak dan tutur kata terus melakukan dakwah tidak langsung kita melalui laman sosial facebook.. InsyaALLAH, setiap kebaikan sebesar zarah yang kita lakukan itu pasti akan dibalas oleh ALLAH subhanahu Wa ta'ala.. :)

Jika tersasar, janganlah terus tersasar cubalah mencari jalanmu yang lurus.. Jika jalan itu hitam dan kelam, buatlah pilihan berdasarkan iman dan agama iaitu bertaubat kerana orang yang bertaubat ini diibaratkan seperti kain putih walaupun sebelum ini kain itu hitam legam.. YA , ALLAH maha penyayang, mengetahui kelemahan kita dan mengharapkan kita untuk meminta ampun darinya. :)

Aku masih teringat nasihat Ustaz azhar idrus, usaha kita mencari dan beristighfar setiap hari sesudah melakukan dosa itu akan ALLAH kira dan bagi bahagian pahala dan bersihkan dosa lampau.. MASYAALLAH, bukankah ALLAH itu maha penyayang yang tiada lagi sepertiNYA.Jangan jadi masyarakat yang melampau terus menyalahkan orang yang melakukan dosa dan tidak memaafkan kesalahan walaupun seseorang itu bertaubat, kerana ALLAH walaupun dosa itu setinggi gunung, seluas lautan akan tetap ALLAH ampunkan kerana ALLAH maha pengasih kepada hambanya selagimana hamba itu tidak syirk kepadanya..

Jum sama2 mengejar JANNAH, kerana manusia itu tidak akan tahan dan tertanggung untuk merasai azab neraka ALLAH itu.. Jadilah kita hamba yang beruntung di akhirah sana, kerana ALLAH menyediakan nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia :)

"ALLAHUMMA INNA NASALUKA MINAL JANNAH WA NA'IMAHA WAMA YUQARRABU ILAIHA MIN QAULIN WA FI'LIN WANIYYATIN WA'TIQAD"

MAKSUDNYA: Ya ALLAH, kami memohon padamu syurga dan nikmatnya dan apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, perbuatan, niat dan iktikad kami..

AAMIIN, TSUMMA AAMIIN... :)