~~PlaYlisT~~

Followers

Saturday, December 14, 2013

Istikharahku

Astaghfirullah


Banyak sangat buntu aku..
sampaikan hal yang kecil pun kol tanya mak ayah..macamana la aku nk kawen ni???

ALahai basit comel yang kiut miut...
Aduhai hati, bersabarlah... istikharah aku, adakah aku betul2 niatkan ke arah jalan yang betul.

Ya Allah, berilah aku jalan keluar dari kebuntuan ini.. Ya Rabb, Ayah aku pun secara tidak langsung telah memberikan nasihat yang menampakkan aku supaya terus ..

Allah, setiap yang kecil menjadi besar bila aku tidak menjadi matang.

ok, setakat ini sajalah aku mengarut.... :)
moga ALLAH memberi hidayah...untuk hati yang keras semacam aku ni. 

Sunday, December 8, 2013

Dunia penuh ujian, YA ALLAH, Tabahkan KAMI.


Pernah terbaca satu nukilan yang mengatakan bahawa dunia ini merupakan neraka bagi alim ulamak, manakala akhirat lah merupakan syurga yang dicari.. Namun, sebaliknya bagi mereka yang jahil, dunia merupakan syurga dan akhirat adalah neraka sebab itulah jika dilihat orang yang jahil akan berfoya-foya di dunia bagaikan hidup dan dirasakan mereka tidak akan menempuh kematian.

JOM berdoa, di sini saya kongsikan doa untuk kita sama2 Aminkan dan amalkan..

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami mengadakan Majlis  Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami ke program ini.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji pujian,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan.

Ya Allah , Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami;

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ;

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;

Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai, maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

. اَللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ هِيَ لَكَ رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

 “Ya Allah, janganlah Kau biarkan pada diri kami suatu dosa kecuali Kau ampuni, suatu cacat kecuali Kau tutupi, kesusahan kecuali Kau berikan jalan keluar, hutang kecuali Kau lunaskan, kebutuhan duniawi dan ukhrowi yang Engkau ridhoi dan baik bagi kami kecuali Kau penuhi, wahai Yang Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih.”

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

“ya ALLAH, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang terpelihara.dan janganlah Engkau biarkan Ya ALLAH, apa yang ada pada kami, juga yang ada beserta kami, juga mereka yang bersama kami penderitaan dan kegagalan.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
 AMIN…AMIN YA ROBBAL ‘ALAMIN.



Thursday, November 28, 2013

Mak dan Ayah.. :)


Asslamualaikum,

,post ingin berubah...

Jika ia,

Jika bisa awan berbicara, bicaranya mampu  menghamburkan kata2 murka,
Jika langit boleh memandang, pandangannya ia tajam menerpa,
Jika gelapnya malam berbisa, panahan bisanya tepat mengena,
Jika adanya siang tajam memeritkan, tajamnya ditusuk setiap yang bernyawa..

KERANA APA?? kerana kita hamba yang MURKA!!

Kerana kita,

Kita sering mengadakan cerita, supaya fitnah menjadi mulia,
Kita sering Mengejar harta,sebab dianggap yang kaya paling bahagia,
Kita sering menjadi lupa, kaum kerabat dianggap tiada siapa,
Kita sering bertukar watak, kerana mahu kekal bahgia,

Tapi, kita sering tertanya,

Jika miskin, salah siapa?
Jika gagal, tindakannya apa?
Jika derita, dulunya bagaimana?
Jika silap, alasannya apa?

Seharusnya, kita perlu;

Merebut syurga, menyebut syukur,
Meraih redha, berbaik semua,
Mencari cinta, mengejar dua2 (dunia & akhirat),
Mendapat syafaat, mengamalkan sunnah.

Caranya pula? Bagaimana?

Menghadap kiblat,berdoa erat,
Minda positif, mengeluh jangan,
Mengaji quran, solat tanpa angan,
Mengasih ibu, mencinta ayah.

JOM BERUBAH!!












Tuesday, November 26, 2013

Untuk Allah aku hidup, Moga Allah mempermudahkan :)

Assalamualaikum wahai ukhti dan akhi di luar sana.

Apa perasan enta dan enti? adakah pernah merasa kosong? Adakah pernah merasai perasaan ingin mencari sesuatu? Apakah itu?? Mencari tuhan?

Ya, aku merasakan kosong kerana aku tahu ALLAH mahu mengetuk hati aku untuk sentiasa mengingatiNYA. Namun aku masih mencari jalan, selama 22 tahun aku hidup masih mencari jalan untuk itu, terkesan dan sering mengingati dan mengambil ibrah dari perjalanan saudara Ammar yang bagus dijadikan teladan/tauladan.

Setiap kali berdoa, bukan sahaja aku berdoa untuk tunjukkan aku jalan yang lurus. Bahkan tetapkan aku berada di jalan lurus, kerna aku tahu aku tidak kuat dan sememangnya imanku ampuh untuk terus berada di laluan yang betul jika tanpa bantuanNYA. Pada zaman akhir zaman, banyak godaan dunia, takut aku jika ketika iman aku lemah aku mungkin terpijak duri dan tersasar jalanNYA, namun itulah gunanya doa untuk masa iman lemah. :) be positive.

Jom semua, kita sama2 berdoa dan terus berdoa moga terus diberikan pengajaran, dipertemukan alim ulamak untuk terus membenteng kita dari tarikan hasutan syaitan. Takut aku bukan pada hari ini, tapi takut aku di hari akhirat esok, takut jika pengakhiran aku ialah Suu khatimah (penghabisan yang buruk). Tapi aku husnu zhan pada ALLAH, untuk terus membawa ke jalanNYA. Bukan aku pinta syurga tertinggi kerana aku tidak layak untuk itu, namun aku tidak sanggup menanggung azabnya nerakaMU.

Sering aku lupa, sering aku leka, dan kadangkala aku merasa nikmat berbuat maksiat. Penyesalan demi penyesalan, tapi sering penyesalan yang sementara. Semalam aku menangis, hari ini aku lupa mengucap syukur, mentadabbur ayat2 kalam suci ALLAH. Sungguh aku hamba yang berdosa YA ALLAH.

Ibu dan Ayah, aku sering berdoa mereka dapat syurga  seperti kisahnya jiran Nabi kita Nabi Musa a.s di syurga. Ibu dan ayahnya mendapat syurga kerana kebaikan dia berbakti kepada kedua ibu bapa sehinggakan dia diangkat ke maqam tertinggi kerana telah menjadi anak soleh. Aku tidak mampu membayangkan jika aku diuji ujian seperti dia, jika ayah dan mak aku bertukar jadi seekor binatang jijik B*** mungkin aku terus berhenti berbakti, tapi bukan dia sebab itulah dia diangkat ke darjat tertinggi. Sebenarnya aku takut jika aku dihalang mendapat syurga, mendapat redhaNYA, sebab itu aku sering berdoa dan meminta ibu mendoakan aku kuat untuk terus berada dijalanNYA.

Nabi Muhammad tidak menyukai bahkan membenci orang yang lemah, aku sering berdoa Ya ALLAH, kuatkanlah aku untuk menjadi kuat dan tabahkanlah aku untuk terus menjadi tabah.

Minta kepada semua pembaca mengaminkan dan mendoakan yang baik untuk aku, saudara islammu yang masih mencari jalan lurus itu. Semoga dipermudahkan jalan untuk aku dan kawan2  istiqamah untuk menjalani amar Ma'ruf seterusnya mencegah kemungkaran. AAMIIN (minta semua aminkan bersama). Semoga pengakhiran hidupku, pengakhiran baik iaitu mampu menyebut syahadah dan LA ILA HA ILlA ALLAH (tiada tuhan melainkan ALLAH). AAMIIN.

ALLAH MAHA TAHU.. :) aku ingin hidup untuk ALLAH

semoga dipermudahkan AAMIIN.


Monday, November 25, 2013

Aku tak layak merasa cinta, CintaMU yang aku perlu


RASA KASIH TERSEMI DI JIWA,
TAPI  DIAM SERIBU BAHASA,
JIKA CINTA SERING TERNODA,
MENGAPA AKU MAHU MERASA.

DOSA TERCALIT, GELAP DUNIA,
TUGAS AKU BELUM BERMULA,
TERASA MALU PADA USIA,
KERANA ADA YANG AKU LEKA.

KAGUM AKU PADA MELAKA,
TERSUSUN RAPI BATU BATA,
TERINGIN DIKASIH DICINTA BELAKA,
TAPI AMAL MA'RUF SEKADAR KATA .

NAWAITU BAIK HILANG BERKARAT,
KERNA TELAH MERASA SELESA,
MIMPI  MISI DUNIA, MISI AKHIRAT,
MAMPUKAH KUCARI REDHA ALLAH YANG ESA,

INDAH BELAKA DRAMA CRITERA,
IKON TUNTUNAN SEMUA PEMUDA,
PUTERINYA INGIN BERSAMA DIA,
TAPI TERLUPA IMAN TIADA.

JIKA MATI PENASIHAT KITA,
MASIHKAH TERUS MERASA CINTA,
KALAU ESOK DITUTUP MATA,
PASTI HIDUP TIDAK MENDERITA.




Ya, aku hamba yang maha dhaif.



Ya ALLAH,
Ya ALLAH,

Tuhan yang maha pengasih lagi berhati kasih,
Pujian hanya untukMu siang dan malam.

Tidak sekali aku ingin tersasar dari jalanMU.
Ya ALLAH tunjukilah kami jalan yang MUSTAQIM.

Ku lihat Lautan dan Langit, betapa ENGKAU sahaja yang maha Agung,
Ku tenung Mak dan Ayah, Betapa ENGKAU sahaja yang Maha Pengasih,

KAU berikan risalah AGUNG kepada Hambamu yang hebat, MUHAMMAD
Hebat MUHAMMAD, bukan pada Nama tapi hebatnya dia dari segala perilaku.

Maafkanlah, bila hati tak sempurna mencintaiMU,
Maafkanlah, bila aku sering lupa..

KERANA aku Insan Yang Dhaif. :) Astaghfirullah.

Aku mempunyai cita menjadi nakhoda kapal,
Mempunyai mahligai ditemani bidadari syurga,

Aku mempunyai hati selembut bayu,
Justeru itu, aku mengharapkan selalu mendapat Ketukan dariMU.

Tapi aku juga mempunyai nafsu bertakhta dalam diri,
Tapi aku juga mempunyai ego tinggi untuk beraksi berani.

JUSTERU,

Ingatkan aku, Ingatkan aku terhadap kekuasaanMU, KeagunganMU.
Kerana aku insan Yang Dhaif.

:)



Sunday, November 24, 2013

Cerita Anak Soleh bersama Ibu bapa yang bertukar rupa menjadi babi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita yang selalu aku baca dan akan aku muhasabah diri untuk terus berbakti kepada ibu bapa. Kali ini aku ingin kongsikan kisah anak soleh.

Nabi musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T .Setiap kali dia hendak bermunajat,  Nabi musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH. Nabi musa sering bertanya dan ALLAH akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihan Nabi Musa yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari, Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH " Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku"

ALLAH pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung, serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, Nabi Musa berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukunnya dengan cermat.

Nabi Musa terkejut melihatnya, "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Nabi Musa pun terus menyoal lelaki tersebut.

"Wahai Saudara! Apa agama kamu?"

"Aku agama tauhid, menyembah Tuhan yang maha Esa." Jawab pemuda itu.

"Habis mengapa kamu membela babi? kita tidak boleh berbuat begitu". Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba'',kata pemuda itu. " Sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari - hari aku berbakti kepada ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.Aku bermohon supaya  Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.

Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.

"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi kami"

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: " Oleh kerana dia telah berada di maqam anak soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".


~~FYI~~
Ini cerita lama yang aku copy masuk dalam fon untuk kongsikan kepada semua.
Maaf lupa address web yang aku layari, Di sini juga, mohon tuannya izinkan saya share kepada para pembaca moga menjadi aset akhirat kita.

(Jom jadi anak soleh!!!, moga kita juga boleh dapat maqam yang tinggi seperti saudara ini :).
  

Ruginya AKU... :)

ASSALAMUALAIKUM..

Alangkah aku dalam kerugian yang teramat sangat, hidup sudah 22 tahun. Tapi aku masih belum mengerti cara hidup yang bersyariatkan islam. Aku didaftarkan atas nama islam, nama asma' al-Husna AL-BASITH (yang maha melapangkan). Allah Rabb A'alamin. malunya aku kepada nama sendiri, aku sering melakukan dosa tapi aku sering berbangga meraih kecemerlangan akademik. Aku merupakan insan yang sering rugi, jika aku diberi peluang 22 tahun lagi untuk hidup tapi terus lupa untuk mencari ASET penting untuk mendapat SYURGA di akhirat.

Betapa terkesan dengan saudara AMMAR yang merupakan penuntut  di turki. Walaupun dia bukan sesiapa di mata kita, namun dia telah di angkat ke satu maqam yang tertinggi yang menjadi idaman setiap mukminin sejati. Betullah, apa yang sering dikatakan "kita hidup untuk mencari keredhaan ALLAH, dan bukan mencari keredhaan manusia semata.

Aku hidup sering terpijak dengan duri dunia, sering mencari cinta manusia sehinggakan lupa mencari redha ALLAH. Aku hidup dalam kebahagian dunia yang palsu, hanya mencari untuk dikenali di dunia. Sungguh  aku mungkir janji kepada sang PENCIPTA, sebelum  hidup telah berjanji "Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabb A'alamin" namun aku sering mungkir janji.

Bila ditimpa kesusahan dan kepayahan  aku sering bertanyakan "kenapa aku sering di timpakan ujian, dan aku lupa untuk bersyukur "hatiku telah diketuk" untuk mengingati sang MAHA PENGASIH''. Selalu aku hidup dalam kesombongan mengata orang lain "Aku lebih baik dari kau". Walhal aku lupa, mati aku belum tentu mendapat Redha.

YA ALLAH, perkenankan doa aku walau aku tidak sempat berdoa di Ka'abah-MU. Ya ALLAH, sungguh aku takut dengan api akhirat, Api kemuncak segala pengakhiran hisab diri. Ya ALLAH, sungguh aku hidup dalam noda dan dosa, ingatkan aku untuk terus bertaubat. Ya ALLAH, sungguh aku takut pengakhiran hidupku, MATI, tapi Ya ALLAH, dengan rendah diri aku memohon untuk dimatikan dalam ISLAM, IMAN, dapat menjadi alhli syurga-MU.

SUNGGUH AKU BERHARAP - HARAPAN AKU PADA-MU YANG SATU.

:)

Resah dalam sendirian...



Assalamulaikum....

Resah tika sendirian,
Mencari sahabat untuk berkongsi rasa,
Ada cerita di sebalik rahsia,
Ada kata yang membuat hati terluka.

ALLAH, 
Aku resah, ingin sekali mahu mendekatimu,
Aku hiba, setengah mati tanpa diluah rasa,
Hadirkan aku seorang teman, tempat luahan segala rahsia,
Ingatkan aku pada erti taubat...YA ALLAH.

ALLAH,
Setiap detik mencari cintaMU.
Setiap ketika mencari RedhaMU.
Setiap hari berdoa untuk Positif padaMU.
Hadirkan aku RASA BAHAGIA.



Thursday, October 3, 2013

Audit aku terhadap Laporan Audit 1.

Assalamualaikum semua,

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar ke blog usang yang jarang di 'update'  ni... Semalam aku ada terbaca banyak post/ status dekat facebook yang menyatakan tentang pendapat tentang Laporan Audit 2012 yang baru dikeluarkan. Sudah agak lama aku tunggu untuk tahu apa yang berlaku dekat negara Malaysia sebenarnya..

Semalam aku ter'google'  Laporan Audit negara 2012, Ok then aku mindset jangan libatkan pemikiran politik dulu. Dalam audit kita kena independence  tidak boleh menilai berdasarkan ideologi poliitik dan warna bendera semata. KAN (Ketua Audit Negara) ada menyangkal yang dia tidak berpihak kepada mana-mana badan politik yang merah, hijau mahupun yang biru. Ok, good... now, aku pergi ke part yang paling tough untuk menganalisis laporan yang beratus2 muka surat untuk aku baca dan buat kajian..tapi hampeh sekadar berapa kerat dan berapa blog yang aku dapat baca walhal aku dah buka banyak tab baru kat browser google chrome .

Yang sempat aku tengok ialah institut baitul mal (yang aku rasa aku minat dan tertarik je aku baca). agak memuaskan tapi ada juga kelemahan yang harus diperbaiki dan telah dicadangkan oleh KAN (Ketua AUdit Negara) untuk memperbaiki kelemahan itu. Satu lagi menjadi perhatian aku Khazanah ikhtiar Malaysia (Company yang aku nk apply kerja) menunjukkan prestasi pelaburan yang amat baik/ outstanding berbanding dengan badan pelaburan lain untuk 4 tahun berturut, Good, ada jugak yang mampu mentadbir negara.

Yang kurang sedap didengar banyak deh, semalam duk tengah baca ternampak satu kementerian ni banyak jugak la apa yang diaudit tidak mematuhi (Audit Pematuhan). Risau aku, negara aku ni ditadbir oleh orang yang sepatutnya ke?? aku tanya diri balik, tup2 aku tertidur tak sempat nk baca the rest tab yang aku buka, hanya sempat download beberapa laporan audit (Laporan Audit kerajaan persekutuan siri 2, tapi yang satu gagal download).

So, ingat nak sambung hari ni..InsyaAllah lepas kerja sambung balik..

Apa yang aku risaukan sebenarnya adalah Inflasi yang mungkin akan berlaku kepada Negara Malaysia, lihatlah situasi negara sekarang.. Rasuah makin meningkat, sekali minyak naik . Amikkau semua jenis nasi kat pasar malam pun orang naikkan harga, bila ditanya bukan sebab minyak ..Aiyoo, Kalo tiba2 inflasi memang nilai RM tiada nilai la, kita beli barang dengan harga yang mahal, skunk pun dah nampak dengan jelas RM jatuh berbanding nilai Dolar Singapura, Rakyat Singapura jadikan malaysia tempat shopping...AIyook, apa puncanya?? sebab hutang banyak sangat la ni.. Print Nota hutang untuk bayar hutang kerajaan yang beratus billion...


Risau aku, nnti aku Grad... ada ke kerja untuk aku????


YA ALLAH, MOGA PEMIMPIN KAMI SEDAR APA YANG MEREKA TELAH BUAT >>>


*insyaALLAH akan sambung baca lagi laporan audit untuk kali ke2.

Tuesday, June 4, 2013

.MENGHITUNG HARI.
 HARI KE SEHARI BAGAIKAN PANTAS BERLALU..
KENANGAN SEMALAM AKAN MENJADI SEJARAH UNTUK AKU UNTUK MASA MENDATANG...
PELAJAR UKM, SESI 2009/2010.. AKU AKAN MENGINGATI KAMU SEMUA..
PELAJAR PERAKAUNAN UKM, SESI 2009/2010... MOGA UKHUWWAH KITA TERUS TERJALIN ..AMIN
KAMU SEMUA COMEL2, KAMU SEMUA COOL DAN APA LAGI YANG AKU BOLEH UNGKAPKAN...OHSEM!! MEMG KORANG OHSEM...TARIKH 26 JUN 2009, BAKAL MNJADI TARIKH KERAMAT KITA BERTEMU, BERSAMA MENIMBA ILMU..

ALANGKAH INDAHNYA SAAT KITA BERSAMA...ALHAMDULILLAH, AKU BERSYUKUR DIPERTEMUKAN DENGAN KAMU SEMUA...

MY BEST FRIEND, MUHAMMAD AZRIN ANUAR ATAU RAYN AZRIN (BERBAJU BATIK SAMA DENGAN AKU)..DAN COURSEMATE YANG LAIN YANG TAK KURANG RAPATNYA..

GAMBAR BERSAMA LECTURER MASA DINNER FINAL YEAR ACCOUNTING STUDENTS BATCH 2009/2010.. SUMER OTAI, SUPERB, DAN KAKAK DAN ABANG YANG LAYAN AKU SAMA WALAUPUN AKU MUDA SETAHUN..TQ.

BERSAMA KING OF THE NIGHT, MY BEST FRIEND RAYN AZRIN...
SEMOGA UKHWAH TILL JANNAH..AAMIIN..


TAHUN AKHIR, MEMG TAHUN MEMORI KAMI..SEJUMLAH 100++ PELAJAR ACCOUNTING DULU, TIDAK SEMUA AKU KENAL, TAPI FINAL YEAR NI SEMUA RAPAT..SEMUA JADI ADIK BERADIK...SWEET LA..~~

Friday, April 26, 2013

Kerana ALLAH aku masih diberi peluang. (^)_(^)

Assalamualaikum,
kepada semua para pembaca yang sudi membaca blog kosong saya ni..

Sudah hampir setahun tak update blog ni, biarpun bersawang disini tapi saya masih juga menyempatkan diri mengubah beberapa design blog. Saya bukanlah bloggger aktif, hanya menulis sekadar mengisi masa lapang saja peace~~
 Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi kawan saya tidak kira di alam maya ni, ataupun di luar sana. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya saya ada menyakiti sesiapa sahaja. Dan saya memaafkan dosa sesiapa sahaja kepada saya sehingga malam ini InsyaALLAH dengan izin ALLAH. Jika ada hutang yang tidak sempat saya bayar, sila bertimbang rasa kepada roh saya agar saya tidak terbeban dengan hutang itu, jika tidak ikhlas bolehlah meminta dibayar hutang itu daripada keluarga saya.

Mak, Ayah, kak mah, kak lah, abe kim, kak sah, abe tah, arif, pue, zahir, akmal, atiq n ikram jika ada salah silap serta terkasar bahasa selama ini maafkanlah ye. Saya banyak dosa dengan ALLAH, dengan manusia.

DOA UNTUK ESOK >
YA ALLAH JADIKANLAH HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI, MENANGKAN PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA, SEMPATKAN AKU MENGUCAP UCAPAN 'LA ILAAHA ILLA ALLAH' TIADA TUHAN SELAIN ALLAH. BENARKAN AKU MENDAPAT SYAFAAT AL-QURAN.  AMIN.