~~PlaYlisT~~

Followers

Thursday, May 29, 2014

Allah sayang kita...

Pada masa kita senang apa yang telah kita lakukan? Ada kita mengucapkan rasa syukur?sungguh setiap dari kita mengetahui diri kita, tahap iman kita, kemampuan kita. Disebabkan itulah kita sentiasa takut tergelincir ke lembah dosa yang hina.

Pada masa kita takut, apa perkara pertama yang kita ingat? Apa pertolongan yang kita harapkan? Sungguh, Allah tidak pernah melupakan kita, sebaliknya kitalah yang sombong yang tidak mahu mendekatkan diri kepada ALLAH pencipta yang maha kaya.

Masalah? Banyak masalah? pening kepala memikirkan hal keduniaan? sungguh ayat beginilah yang terkeluar dari mulut kita yang tidak disangka-sangka menyebabkan kita mengeluh dengan ujian kecil yang ALLAH sediakan pahala besar di SANA. Sungguh kita manusia pelupa, sebelum ruh ditiup kita telah berjanji melakukan ibadah yakni hidup dan mati hanyalah kerana ALLAH taala. Janji hanya tinggal janji bagi setengah manusia.

Bagi mereka yang beragama islam sekarang ini, dek kerana iman yang lemah sering terikut dengan fahaman dan trend masa kini yang sebenarnya telah jauh terpesong dengan lunas islam, bahkan jika tidak bersangkutan dengan aqidah ada juga yang menampakkan hilangnya adab islam di mata orang bukan islam.

Sungguh banyak alasan manusia akan dikaitkan dengan perkataan LUPA, disebabkan itulah kita selalu sangat diingatkan melalui medium penyampaian tazkirah secara langsung ataupun tidak langsung. Ada dari kita ditegur secara hemah melalui teguran, melalui sindiran yang mana dirasakan perlu. Teguran ini semuanya didatangkan kepada kita dengan kehendakNYA untuk memberi peringatan kepada kita. Teguran yang tidak langsung? ujian kemiskinan, kematian, kesusahan boleh jadi teguran yang didatangkan kepada manusia untuk menegur kelakuan kita yang kadangkala melampaui batas.

Kenapa entri kali ini bertajuk "ALLAH sayang kita"??, kerana kita hambanya, ya.. itulah sebabnya kerana kita hambanya yang diciptakan mempunyai tujuan yang jelas. Pengabdian kita kepada ALLAH merupakan suatu bentuk kesyukuran di atas penghidupan yang diberikan. Kesyukuran ini akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal bahkan lebih!! ALLAH, sentiasa menyediakan yang terbaik buat hambanya, sentiasa menunggu doa pengampunan hambanya, kerana rahmat ALLAH itu luas yang tidak terjangkau pemikiran manusia.

Kadangkala kita mengambil mudah berkaitan rahmat ALLAH, sering menghukum manusia dengan kebijaksanaan kata-kata kita. Bahkan sering menilai manusia dengan keburukan masa lalu bukan dengan kebaikan masa sekarang yang dilakukan. Sungguh kita menjadi "masyarakat' yang rugi!!, masyarakat yang mana tidak jauh bezanya dengan zaman jahiliah, bahkan lebih teruk lagi kerana kita telah mendapat ilmu manakala masyarakat zaman jahiliah memang kebanyakannya jahil. 

ALLAH, sayang kita.. ya ALLAH sayang kita..
yakinlah, dengan setiap keyakinan kita dan dengan setiap penuh pengharapan kita kepadanya serta sangkaan baik kita kepada ALLAH,  insyaALLAH setiap pengakhiran suatu masalah dan ujian adalah BAHAGIA yang kita akan dapat. Begitulah tekunnya ulama' hidup, mereka senang dengan ujian, kerana dengan ujian itulah mereka menyangka ALLAH sayangkan mereka kerana ALLAH akan datangkan suatu ganjaran besar yang tiada tandingannya dengan isi alam ini.

Belajarlah mengenali diri, belajarlah mengawal nafsu. Dengan mengenali diri, insyaALLAH kita akan mengenali pencipta. sifat hebat pencipta, namun janganlah berfikir dengan melampaui pemikiran manusia dengan mengandaikan segala zat ALLAH kerana setiap yang berkaitan dengan zat ALLAH adalah di luar jangkauan pemikiran manusia yang normal.

ALLAH, sayang kita. selidiklah doa kita yang kita bukukan dalam diari kehidupan lalu. Hidup kita, jika dikenang penuh dengan kebahagian kerana kebanyakan doa telah dimakbulkan. Kadangkala, ALLAH tidak makbulkan doa kita kerana ALLAH mahu memberikan yang lebih baik dan mengkehendaki hambanya terus bersabar dan terus berdoa. Rahmat ALLAH itu sangat luas kan?

ALLAH, kami berdoa agar kami terus ditetapkan iman dan tetapkan islam sebelum kami mati. Lembutkan kalam lidah kami disaat sakaratul maut untuk kami mengucapkan LaIlaHaillALLAH. Kami memohon rahmatMU didunia dan juga di akhirat. Semoga entri kali ini memotivasikan penulis untuk terus tabah dalam menghadapi dunia yang terus mencabar ini.. AMIN.



Tuesday, March 4, 2014

Hati berbisik, Iman Tercabar..


Bila Hati diuji,,,
Bilamana Datang pilihan2 yang membuatkan kita berfikir untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan, ketika itu mintalah dorongan kepada yang Maha Esa, ALLAH ...

Banyakkan mentadabbur ayat suci, Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada kita...
Bilamana hati kecewa, sedih, gelisah, ingatlah akan penawar yang telah disediakan kepada kita. Penawar itu tidak lain dan tidak bukan ialah melalui Al-quran. Bacalah walau sepotong ayat, insyaALLAH hatimu cukup kuat untuk menjadi yang terkuat rohaninya.

Doa senjata orang yang beriman, maka berimanlah dengan tuhan yang satu seterusnya berdoa untuk menggapai hidup yang sakinah, mawaddah dan barakah.

PEGANG DADA, UCAPLAH ''INNI AKHAFULLAH> SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH" BILAMANA HATI MATI DAN BERFATWA SENDIRI KE ARAH MAKSIAT..

ISBIR YA QALBI, BERSABARLAH DUHAI HATI>> SUNGGUH DUNIA INI UJIAN UNTUK KITA UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAN ABADI DI AKHIRAT


Monday, February 17, 2014

AYuh Pemuda Bangkit Lawan Nafsu Amarahmu. :)




Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W)...

Alhamdulillah semakin hari kita semakin melihat perubahan pada anak muda sekarang...
Banyak perubahan ini berlaku kerana semangat yang ditunjukkan oleh ustaz TAIKO UAI, Ustaz DON, Ustaz Abdullah KHairi yang menjalankan dakwah seiring dengan isu semasa.. ALHAMDULILLAH, setiap dakwah itu juga memberikan impak dan kesan yang amat luar biasa kepada diri aku..




AYuh anak muda!!! jom kita pertingkatkan amalan, perbaiki akhlak dan tutur kata terus melakukan dakwah tidak langsung kita melalui laman sosial facebook.. InsyaALLAH, setiap kebaikan sebesar zarah yang kita lakukan itu pasti akan dibalas oleh ALLAH subhanahu Wa ta'ala.. :)

Jika tersasar, janganlah terus tersasar cubalah mencari jalanmu yang lurus.. Jika jalan itu hitam dan kelam, buatlah pilihan berdasarkan iman dan agama iaitu bertaubat kerana orang yang bertaubat ini diibaratkan seperti kain putih walaupun sebelum ini kain itu hitam legam.. YA , ALLAH maha penyayang, mengetahui kelemahan kita dan mengharapkan kita untuk meminta ampun darinya. :)

Aku masih teringat nasihat Ustaz azhar idrus, usaha kita mencari dan beristighfar setiap hari sesudah melakukan dosa itu akan ALLAH kira dan bagi bahagian pahala dan bersihkan dosa lampau.. MASYAALLAH, bukankah ALLAH itu maha penyayang yang tiada lagi sepertiNYA.Jangan jadi masyarakat yang melampau terus menyalahkan orang yang melakukan dosa dan tidak memaafkan kesalahan walaupun seseorang itu bertaubat, kerana ALLAH walaupun dosa itu setinggi gunung, seluas lautan akan tetap ALLAH ampunkan kerana ALLAH maha pengasih kepada hambanya selagimana hamba itu tidak syirk kepadanya..

Jum sama2 mengejar JANNAH, kerana manusia itu tidak akan tahan dan tertanggung untuk merasai azab neraka ALLAH itu.. Jadilah kita hamba yang beruntung di akhirah sana, kerana ALLAH menyediakan nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia :)

"ALLAHUMMA INNA NASALUKA MINAL JANNAH WA NA'IMAHA WAMA YUQARRABU ILAIHA MIN QAULIN WA FI'LIN WANIYYATIN WA'TIQAD"

MAKSUDNYA: Ya ALLAH, kami memohon padamu syurga dan nikmatnya dan apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, perbuatan, niat dan iktikad kami..

AAMIIN, TSUMMA AAMIIN... :)

Sunday, February 16, 2014

Istiqamah daie :)

Tercari2 makna istiqamah sebenar yang sering diimpikan setiap alim ulamak, Ya Allah sungguh rasa hati dan jiwa kosong tanpa pengisian cinta kepadaMU..









Dalam melayari bahtera kehidupan yang mencabar ini, kadangkala aku rebah jatuhh tapi bangun aku kerana doa ibu dan ayah.. ye aku tahu!!! Mak dan ayahlah yang menyebabkan aku terus bangun, terus istiqamah mencari makna "istiqamah"...

Ujian yang kecil, dan berkatalah aku "isbir ya Qalbi" bersabarlah duhai hati "innALLAH ma'ana" sesungguhnya ALLAH bersama kita......

Mengejar halawah iman " kemanisan iman" bukan sesuatu yang boleh aku dpatkan dalam sekelip mata namun tingkap kesabaran aku perlu dicabar untuk melepasi setiap peringkat itu. Sebab itulah aku mencari teman seagama, teman yang mampu membawa aku  kejalan ke arah kematian islam, kematian syahid.... :).. InsyaALLAH dipermudahkan aku kejalan keredhaan itu.. :)

Sungguh terasa rinduku kepada baginda Muhammad Rasulullah  (S.A.W)...Ya allah, layakkah aku mendapat syafaat nabiMU, layakkah aku??? sungguh aku takut, tapi ketakutan aku cuma tidak pernah mendorong aku untuk terus istiqamah.Kerana aku manusia yang tak lekang dari berbuat dosa..

Ya ALLAH, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus, sebagaimana yang kami selalu mohonkan dalam solat kami "Ihdinnas Siratol Mustaqim" ...Bukanlah jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesar "Ghairil Maghdubi 'Alaihim walad Dhollin " Amiin Tsumma Aaminn.

Hasbunallah Wa ni'mal Wakeel... YA ALLAH, kami umat akhir zamanMU yang hidup dalam era yang begitu mencabar, kuatkanlah kami, teguhkanlah iman kami, perbekalkan ketaqwaan yang mantap kepada kami untuk menempuhi setiap ujianMU ini. sesungguhnya, ENGKAU jualah penolong bagi kami...



Saturday, February 15, 2014

Fear Allah Wherever You Are! ᴴᴰ ┇ Must Watch ┇ by Ustadh Suleiman Salem ...

Tips Mencari Kerja :)



1) Betulkan niat kerana ALLAH.

Setiap kali memohon kerja kenalah sentiasa ada sikap sabar, mindsetkan pemikiran yang kerja ini semua ALLAH yang tentukan. Niatkan kerja yang dicari hanyalah untuk mendapat keredhaan ALLAH.

2) Gunakan semua medium untuk mencari pekerjaan

Seeloknya risiklah dengan kawan2 yang telah mempunyai kerja yang tetap berkaitan kekosongan kerja. Kawan mungkin dapat meembantu kita supaya memilih kerja  yang kita suka kerana kita dapat lihat keseronokan yang terpancar di wajah kawan kita sendiri. Untuk mencari kerja seeloknya diiringi dengan doa, solat hajat pada tengah malam. Lakukanlah dengan istiqamah supaya menunjukkan kesungguhan kita yang telah berusaha dan bertawakkal kepada Allah sesudah usaha. Medium lain, memohon kerja di Jobstreet, dengan google iklan jawatan kosong yang terkini.

3) Sentiasa kemaskini data Curriculum Vitae.

Jadikan suatu kebiasaan untuk melihat resume untuk melihat kekurangan diri. Dari situ mungkin mempersiapkan kita untuk proses temuduga. Sebolehnya, cari pengalaman kerja selama setahun kerana kebanyakan majikan memerlukan pengalaman sekurang2nya setahun. Pada peringkat permulaan janganlah terlalu memilih kerja jika kita sukar untuk menemukan kerja yang cocok. Carilah kerja yang dapat menambahkan nilai tambah diri, jika kita merasa tidak selesa dengan kerja kita paling tidak pun bertahanlah setahun kerana pengalaman kerja itu penting. Tetapi jika persekitaran kerja yang kurang baik untuk pendidikan spiritual kita sebagai contoh tempat kerja yang tidak menyediakan surau untuk solat dan tidak membenarkan rehat yang secukupnya untuk solat sebaiknya berhentilah dan cari kerja yang lain. Kerana kerja yang mendapat keredhaan ALLAH akan memberikan kebahagian kepada hati kita. :)

4) Menghadiri seberapa banyak seminar kerjaya, temuduga

Salah satu cara yang paling baik untuk setiap dari kita untuk menjadi yakin bila berhadapan dengan orang ialah dengan menghadiri seberapa banyak temuduga. Mindsetkan dalam diri bahawa temuduga merupakan salah satu medium untuk kelas pembelajaran yang tidak langsung untuk pembaikan diri supaya yakin bila berhadapan dengan penemuduga. Jangan jadikan alasan, bila kita banyak kali pergi temuduga dan tidak dipanggil untuk melaporkan diri bekerja sebagai suatu kegagalan. Juga jadikan tempat2 seperti karnival kerjaya sebagai tempat untuk bertemu dengan wakil syarikat secara langsung untuk bertanyakan perihal kekosongan jawatan yang sesuai dengan kita dan bertanyakan secara langsung berkaitan ciri2 pekerja yang mereka cari.

5) Menghadiri seminar dan kursus profesional untuk pemantapan diri.

Ambillah seberapa banyak peluang untuk menghadiri seminar dan kursus yang berbayar mahupun tidak. Ini merupakan sebagai langkah permulaan kita untuk membina skill2 tambahan, dan membina hubungan korporat dengan orang lain. Mungkin pada masa akan datang, kita diberikan peluang membuka perniagaan sendiri dan menghadiri seminar serta kursus berkaitan perniagaan amatlah sesuai untuk mendidik kita supaya mempunyai jiwa usahawan.

Dan tips yang terakhir ialah sentiasa mencari kerja yang halal, insyaALLAH bila kita mencari yang baik ALLAH akan membalas dengan ganjaran yang terbaik.


Selamat berjaya semua :)





Andai aku Tiada :)

Assalamualaikum.

Mana mungkin kita tahu bila hari pengakhiran kita di dunia ini.
Semua orang mahu menjadi ahli syurga, alangkah indahnya syurga hinggakan tidak dapat ditafsirkan oleh minda pemikiran manusia.

Jika ditimbangkan amalan aku, yang mana lagi berat???
Sungguh, aku tahu betapa banyak dosa aku. Kerana itulah, aku sering diduga dengan perkara yang tidak diduga oleh pemikiran aku. Sungguh sentuhan ujianNYA walaupun kecil namun kadangkala aku lupa ianya bukanlah suatu pengakhiran hidup cuma sebagai peringatan. Maafkan aku ya ALLAH, aku mengeluh panjang diatas semua ujian kecilMU. Astaghfirullah ...sungguh aku manusia yang dhaif.


Wassalam.

Thursday, February 13, 2014

Dua Hari Perunding Technocount berbakti :) semoga mendapat ganjaranNYA

ALHAMDULILLAH a'la nikmah...

Sesungguhnya bersyukurlah bilamana kamu dapat berbakti kepada orang lain, tiada yang selayaknya kesyukuran itu melainkan untuk DIA rabbul Jalil.. ALHAMDULILLAH..

Semoga penat lelah kami warga technocount UKM-CESMED dapat hilang melihat para pengusaha melayu atau usahawan bumiputera maju setanding dengan syarikat konglomerat lain di luar sana walaupun pengusaha melayu ini hanyalah memjual putu piring dan pisang goreng sahaja.

Pusat Pembangunan
perusahaan anda
Alhamdulillah, respon dan tindakbalas yang positif yang kami dapat dari pengusaha  cukup menggembirakan kami. Sepanjang dua hari mereka di UKM-MTDC, kami perunding technocount berkongsi ilmu berkaitan cara untuk merancang perniagaan terutama dari aspek pemfailan, analisis penyata kewangan, asas penyata kewangan, dan sistem perakaunan berkomputer yang asas. Alhamdulillah, rata2 mereka yang hadir tidak mempunyai latarbelakang perakaunan tetapi mampu tersenyum lebar kerana kerana salah faham mereka selama ini sudah terjawab.

Sepanjang dua hari bengkel ini, kami telah memberi nasihat secara bersemuka dengan mereka berbincang mengenai isu2 yang sering membuatkan mereka kurang faham berkaitan perakaunan.

Apakah beza antara gaji dan upah??
Adakah syarikat kecil atau sederhana/enterprise akan dikenakan cukai syarikat?
Apakah itu GST? adakah GST akan memberi kesan kepada harga jualan?
Bagaimana pelaporan kewangan boleh membantu membuat keputusan?
Apakah perbezaan diantara kos dan belanja?
Apakah perbezaan di antara Penyata alir tunai, Kunci kira-kira dan penyata untung rugi??
dan banyak lagi persoalan APA, MENGAPA, BAGAIMANA, SIAPA, DAN KENAPA yang berkaitan dengan isu perniagaan dan kewangan yang diutarakan telah terjawab.. Alhamdulillah, berkat dengan kesungguhan mereka mencari  dan menghadiri program kami, semua soalan ini terjawab.. :)

Program yang baru je selesai :)
Mereka bagi 5 bintang!!!



Bukan itu sahaja!!!! kami juga telah memberikan ganjaran tambahan kepada mereka iaitu perisian sistem perakaunan QnE (edisi pengenalan) secara percuma dan juga sistem perakaunan Excel/manual yang telah diintegrasikan dengan laporan kewangan seperti Penyata alir tunai, Kunci kira-kira, penyata untung rugi beserta dengan analisa sekali. Mereka tersenyum lebar, kerana dengan hanya bayaran RM80 mereka mendapat begitu banyak input yang boleh digunakan untuk menjaga kewangan perusahaan masing.

Adakah anda masih mencari cara atau kaedah untuk menjaga dan mengawal kewangan secara efisyien???
jangan ragu, hubungi kami di nombor yang tertera di poster atas...insyaALLAH dengan kami, kami cuba yang terbaik untuk menjadikan perusahaan anda terus maju.. Aamin :),

Jangan lepaskan peluang ini,
it's not how much you can do, but it's about how well you can do.

Kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti Account outsource, Staff outsource, bengkel audit dalaman, bengkel perakaunan berkomputer, bengkel untuk account executive dan bengkel asas perakaunan :) . Program kami semuanya bermatlamat membantu anda PENGUSAHA IKS/SME disamping melatih mahasiswa berdaya saing di peringkat glokal ..

Sekian,
Abdul Basit Mustapha (perunding technocount UKM-CESMED)
013-3741351

Monday, February 10, 2014

Jum!! jangan bunuh diri!! tanam iman..

Assalamualaikum kawan2..

 xder apa yang nk ditulis, sekadar terfikir suatu benda.. nukilan aku ni pun tak kenal mana capital yang mana tak, sebab dah post sebelum tido.. hehehe, biasalah kalo dah 11:54pm ni masa aku nk membongkang atas katil.

 kenapa remaja senang terjebak dengan gejala sumbang ye????

Kenapa?? emm, tanyalah iman... bilamana kita lupa ALLAH, bermakna kita lupa sang pencipta yang amat menyayangi kita lebih dari kita sendiri.. Yalah kan, kadang2 kita mintak satu tapi Allah datangkan seribu kebaikan.. ALHAMDULILLAH, dan kadang2 ALLAH tak bagi seribu kebaikan tetapi ALLAH datangkan seribu ujian kerana ALLAH sediakan syurga untuk kita di akhirat :)>

MasyaALLAH, kenapa kita benci diri kita ?? sampai ada yang nk bunuh diri, tepuk dada tanyalah iman..
Ya ALLAH, pernahkah kita berfikir panjang kenapa kita dihidupkan diatas muka bumi???

bukankah penciptaan makhluk manusia ini untuk mengabdikan diri kepada sang pencipta?? kenapa nk sempitkan pemikiran berfikiran secara sekular??? carilah sumber dan kaji selidik dulu sebelum mengeluarkan satu hujah yang mampu menghumban kita ke arah syirik, Na'uzubillah...

Setiap ujian yang  kita tempuhi itu bukankah ada manisnya selepas itu??? siapa setuju sila angkat tangan... hehehe, jangan terlalu berfikir perkara yang buruk, kelak syaitan laknatullah menghasut kita ke arah keburukan dan melakukan perkara terkutuk...



INGATLAH!!! penghidupan yang abadi bukan disini!!!! di akhirat sana!! buatlah apa2 pun di dunia, kelak akhiratmu akan menjadi tempat abadi samada syurga atau neraka.. Nau'zubillah, semua taknak neraka tapi benda2 yang menjerumuskan kearah neraka tidak pula kita tepis..

Takut??? jom bertaubat, paling tidak ucaplah astaghfirullah...hindarkan kemaksiatan, sesungguhnya setiap niat baik kita akan dikira di akhirat sana..

Peringatan untuk diri..

#pesanan: sekarang ujian bagi kaum lelaki dan hawa banyak seperti gejala sumbangmahram seperti gay, lesbian, homoseksual, ya ALLAH.. sesungguhnya kita tidak mampu menghindari jika kita tidak cegah dari sekarang...
ayuh berubah, untuk mendapat syafaat Nabi Muhammad di padang Mahsyar,
#pesanan: jika takut imanmu lemah disaat dirundung malang
tatkala putus cinta, carilah teman yang dapat membimbingmu ke arah agama.. bercintalah dengan ibu ayah, bersangka baik kepada ALLAH, berdoa dan terus berdoa..
#sungguh dunia ini merupakan neraka bagi mereka yang beriman dan syurga bagi mereka yang jahil dan kafir..

#istiqamah #jagaiman #DuniaVs AKhirat #syurgaALLAH

peringatan bersama.. :)

Saturday, February 8, 2014

Repent to Allah for all wrongdoings..!!

MasyaAllah, the last prophet Muhammad was sent to us.
He is the best icon for the muslims and all human kinds.

Assalamualaikum, brother and sister.

i don't have a good islamic education, but i am trying to be a member paradise.

A good believer to ALLAH, and lover of  Muhammad  is whomever believe A.I.M, or ALLAH, Islam and Muhammad.

Let's do as many as possible good deeds before death.. Hopefully we get blessed by ALLAH and be one of the muslim who got syafa'ah in Mahsyar.

Don't be a lazy man, constantly prepare for our TOMORROW..

,

Ya Allah, Moga kami termasuk dalam kalangan yang mendapat syafaat NabiMU Muhammad (S.A.W)

Assalamualaikum semua. Just nak share satu sharing dari seorang teman. Saya pun dapat dari kawan juga, semoga menjadi ibrah dalam perjalanan hidup kita.

Kuliah maghrib di masjid attaqwa,bertam indah.tajuk kuliah, "Mizan dan Sirat" oleh ustaz wadi annuar. 

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? 
Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan.tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile makaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.



Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37). Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2.lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je,dek padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula,kitab3 amalan kite akan turun dari arash.mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu.kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite,masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab.sebelum Allah mule hisab,Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia.tak de satu pun tertinggal.lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
1) adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.Allah tanye kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga,jiran2,kawan2,etc.jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. 



-cp-

Tuesday, February 4, 2014

JUM sama2 Kaya!! Maju!! Kaya dunia untuk kelangsungan Hidup menuju akhirat :)

Assalamualaikum... 

Baca dulu untuk mereka yang bergelar usahawan di luar sana ..

MIGRAIN USAHAWAN MENGGILA!!
Realitinya, kebanyakan usahawan risau sehingga pecah kepala memikirkan samada perlu menanggung kos yang tinggi untuk menggaji Akauntan atau mencuri masa membuat penyata kewangan sendiri.

USAH RISAU!!!!
TECHNOCOUNT sedia membantu anda.

Apa yang anda akan peroleh daripada servis kami?
• Memahami prestasi syarikat/perniagaan berdasar analisis dan laporan kewangan syarikat/perniagaan?
• Membuat keputusan yang tepat dan berkesan berkaitan pelangsaian hutang pelanggan/pembekal?
• Mengira zakat perniagaan dan cukai?
• Mengembangkan syarikat/perniagaan hingga ke peringkat lebih tinggi?
• Membina dokumen syarikat/perniagaan yang bersistematik?

PERCUMA SEBULAN!
SAH SEHINGGA 28 FEBUARI 2014 SAHAJA

Sebarang pertanyaan, hubungi:
013-3741351/01110889214 atau boleh pm saya di Abd Al-basith Bnu Mustapha

Lawati page kami, untuk mengetahui tawaran-tawaran menarik yang lain.. InsyaALLAH kami syarikat perundingan cuba membantu mereka yang tidak mempunya latarbelakang perakaunan.

https://www.facebook.com/UkmCesmedTechnocount?fref=ts


Usahawan Bumiputera yang inginkan laporan kewangan yang murah boleh cuba dengan kami :) Financial statement untuk membantu anda menambahbaik perniagaan.

#Smecorp
#Technocount
#Pengusaha kecil

Saturday, February 1, 2014

Sebenarnya dia bukan milikku. :)


Salam buat hati yang gundah, hati yang sedih ..

Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah ditetapkan.. Dia bukan milikku :).

Kalau Allah sudah takdirkan yang dia bukan milik kita, apa yang mampu kita lakukan lagi..Hanya perlu redha dan pasrah dengan ketentuanNYA..

Ya ALLAH, kurniakanlah daku seorang peneman yang lebih baik dari dia. Aamiin...
Aku redha, bukan jodohku dengan dia..1001 hikmah yang belum aku tahu, menunngu dengan penuh kesabaran . InsyaALLAH berkat dengan doa Maa dan Ayah, moga aku dijodohkan dengan bakal isteri yang solehah..Aamiin..



Yang namanya ditakdirkan di Luh Mahfuz itu merupakan satu ketetapan yang bukan kita tentukan...We should be happy because ALLAH rabbul jalil live our heart through hardship, moga JANNAH untuk setiap kita yang redha dan bersabar.. Aaminn.

Saturday, January 25, 2014

Tidak Pernah merasa cinta, tapi aku gembira :)

ASsalamualaikum semua...

Semakin takde topik dah nk timbulkan sekarang ni... Tapi terfikir satu topik yang mungkin menjadi suatu fenomena bagi remaja sekarang ni..

Alhamdulillah, aku tidak mengenal cinta haram lagi, walaupun ada yang pernah mengajak couple dan bercinta.. Tapi aku mempunyai tuhan yang telah menetapkan siapa bakal zaujah aku, terasa bersalah kalau mempermainkan perasaan orang lain kalau akhir sekali jodoh kita dengan orang lain..

Aku hanya merasa cinta yang halal, bercinta dengan keluarga; mak dan ayah, adik beradik..
Sangat sweet atau manis dirasakan bila tengok orang bercinta. Tapi hidp penuh dengan tipu muslihat, depan pasangan masing2 ingin menunjukkan kebaikan, bersikap cemburu 200% bagaikan perempuan atau lelaki pasangannya itu suami atau isteri halal bagi mereka..

siapa cakap kalau single tak bahagia??? lebih baik single kalau bercinta atau dating dengan perempuan yang belum tentu menjadi pasangan kita... Berdoa dan terus berdoalah agar pasangan kita itu adalah yang terbaik bagi kita... Aamiin...

Ya, Aku pernah merasakan cintanya aku pada teman sekuliah aku.. Cinta yang aku pendam, tetapi berharap cinta ini akan dibalas suatu hari nanti bilamana aku mempunyai kekuatan untuk melamarnya..

Sungguh aku takut kalau dia tidak menyukai aku, tapi jika ALLAH berkehendakkan suatu yang baik itu terjadi, insyaALLAH dengan Kun Fayakun, semua benda yang mustahil akan terjadi - FIKIR POSITIF.

Pernah aku merisik tanyakan kepada kawan aku, adakah dia sudah mempunyai orang istimewa.. Jawapan belum ada orang yang istimewa itu melegakan aku.. Keep on praying that one day, She'll become my partner for the whole of my life.. InsyaALLAH... (Fikir positif)

Topik yang paling susah bagi orang yang tidak pernah bercinta macam aku ini ialah bila orang bertanyakan pasal kahwin.. Yela, walaupun sudah ada seseorang yang aku suka, belum tentu aku ada kekuatan untuk bertanya kerana persediaan yang masih kurang mantap dari segi kewangan dan persediaan keagamaan yang kurang...Aku berharap doa Maa dan Ayah mengiringi aku dan supaya ALLAH memberi kemudahan untuk aku di masa akan datang...

Bukan senang nak meluahkan kepada seseorang yang lebih tua dari kita, aku sanggup terima walaupun seseorang tu lebih tua 2 tahun dari aku. Tapi aku risau jika dia tidak bersedia menerima aku yang 2 tahun lagi muda dari dia...
Senyum, moga senyumku memberikan kekuatan dan HusnuZZan dengan setiap perancangan ALLAH...AAMIIN

Friday, January 10, 2014

Lumrah hidup.

Assalamualaikum,..

Sungguh terkesan dan selalu terfikir dengan kawan2 yang telah menyelesaikan dan berjaya menyempurnakan satu sunnah iaitu kahwin..

Sungguh, berkahwin ketika umur muda sungguh banyak rintangan... Sungguh, aku malu dengan diri kerana belum cukup sempurna untuk aku menyempurnakan sunnah ini... Aku bukanlah Pencetus Ummah, bukannya Daie, bukannya juga Qari akademi al-quran..



Ya, ALLAH... Jodohkanlah aku dengan si dia yang baik, beriman, berakhlak, penyayang dan yang terbaik. Amiin..

Sunday, January 5, 2014

Salam Rindu Buat ma dan AYah.








Assalamulaikum semua,

Sungguh aku rasa sebak bilamana ayah dan maa membicarakan tentang soal kematian..
Sungguh mati itu dekat dengan kita, Mati seblum mati.. 

Peringatan yang terbaik adalah kematian. :)





Status Facebook memberi peringatan kepada Kakak dan adik beradik yang lain.