~~PlaYlisT~~

Followers

Thursday, February 13, 2014

Dua Hari Perunding Technocount berbakti :) semoga mendapat ganjaranNYA

ALHAMDULILLAH a'la nikmah...

Sesungguhnya bersyukurlah bilamana kamu dapat berbakti kepada orang lain, tiada yang selayaknya kesyukuran itu melainkan untuk DIA rabbul Jalil.. ALHAMDULILLAH..

Semoga penat lelah kami warga technocount UKM-CESMED dapat hilang melihat para pengusaha melayu atau usahawan bumiputera maju setanding dengan syarikat konglomerat lain di luar sana walaupun pengusaha melayu ini hanyalah memjual putu piring dan pisang goreng sahaja.

Pusat Pembangunan
perusahaan anda
Alhamdulillah, respon dan tindakbalas yang positif yang kami dapat dari pengusaha  cukup menggembirakan kami. Sepanjang dua hari mereka di UKM-MTDC, kami perunding technocount berkongsi ilmu berkaitan cara untuk merancang perniagaan terutama dari aspek pemfailan, analisis penyata kewangan, asas penyata kewangan, dan sistem perakaunan berkomputer yang asas. Alhamdulillah, rata2 mereka yang hadir tidak mempunyai latarbelakang perakaunan tetapi mampu tersenyum lebar kerana kerana salah faham mereka selama ini sudah terjawab.

Sepanjang dua hari bengkel ini, kami telah memberi nasihat secara bersemuka dengan mereka berbincang mengenai isu2 yang sering membuatkan mereka kurang faham berkaitan perakaunan.

Apakah beza antara gaji dan upah??
Adakah syarikat kecil atau sederhana/enterprise akan dikenakan cukai syarikat?
Apakah itu GST? adakah GST akan memberi kesan kepada harga jualan?
Bagaimana pelaporan kewangan boleh membantu membuat keputusan?
Apakah perbezaan diantara kos dan belanja?
Apakah perbezaan di antara Penyata alir tunai, Kunci kira-kira dan penyata untung rugi??
dan banyak lagi persoalan APA, MENGAPA, BAGAIMANA, SIAPA, DAN KENAPA yang berkaitan dengan isu perniagaan dan kewangan yang diutarakan telah terjawab.. Alhamdulillah, berkat dengan kesungguhan mereka mencari  dan menghadiri program kami, semua soalan ini terjawab.. :)

Program yang baru je selesai :)
Mereka bagi 5 bintang!!!



Bukan itu sahaja!!!! kami juga telah memberikan ganjaran tambahan kepada mereka iaitu perisian sistem perakaunan QnE (edisi pengenalan) secara percuma dan juga sistem perakaunan Excel/manual yang telah diintegrasikan dengan laporan kewangan seperti Penyata alir tunai, Kunci kira-kira, penyata untung rugi beserta dengan analisa sekali. Mereka tersenyum lebar, kerana dengan hanya bayaran RM80 mereka mendapat begitu banyak input yang boleh digunakan untuk menjaga kewangan perusahaan masing.

Adakah anda masih mencari cara atau kaedah untuk menjaga dan mengawal kewangan secara efisyien???
jangan ragu, hubungi kami di nombor yang tertera di poster atas...insyaALLAH dengan kami, kami cuba yang terbaik untuk menjadikan perusahaan anda terus maju.. Aamin :),

Jangan lepaskan peluang ini,
it's not how much you can do, but it's about how well you can do.

Kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti Account outsource, Staff outsource, bengkel audit dalaman, bengkel perakaunan berkomputer, bengkel untuk account executive dan bengkel asas perakaunan :) . Program kami semuanya bermatlamat membantu anda PENGUSAHA IKS/SME disamping melatih mahasiswa berdaya saing di peringkat glokal ..

Sekian,
Abdul Basit Mustapha (perunding technocount UKM-CESMED)
013-3741351

No comments: