~~PlaYlisT~~

Followers

Monday, February 17, 2014

AYuh Pemuda Bangkit Lawan Nafsu Amarahmu. :)




Assalamualaikum, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W)...

Alhamdulillah semakin hari kita semakin melihat perubahan pada anak muda sekarang...
Banyak perubahan ini berlaku kerana semangat yang ditunjukkan oleh ustaz TAIKO UAI, Ustaz DON, Ustaz Abdullah KHairi yang menjalankan dakwah seiring dengan isu semasa.. ALHAMDULILLAH, setiap dakwah itu juga memberikan impak dan kesan yang amat luar biasa kepada diri aku..




AYuh anak muda!!! jom kita pertingkatkan amalan, perbaiki akhlak dan tutur kata terus melakukan dakwah tidak langsung kita melalui laman sosial facebook.. InsyaALLAH, setiap kebaikan sebesar zarah yang kita lakukan itu pasti akan dibalas oleh ALLAH subhanahu Wa ta'ala.. :)

Jika tersasar, janganlah terus tersasar cubalah mencari jalanmu yang lurus.. Jika jalan itu hitam dan kelam, buatlah pilihan berdasarkan iman dan agama iaitu bertaubat kerana orang yang bertaubat ini diibaratkan seperti kain putih walaupun sebelum ini kain itu hitam legam.. YA , ALLAH maha penyayang, mengetahui kelemahan kita dan mengharapkan kita untuk meminta ampun darinya. :)

Aku masih teringat nasihat Ustaz azhar idrus, usaha kita mencari dan beristighfar setiap hari sesudah melakukan dosa itu akan ALLAH kira dan bagi bahagian pahala dan bersihkan dosa lampau.. MASYAALLAH, bukankah ALLAH itu maha penyayang yang tiada lagi sepertiNYA.Jangan jadi masyarakat yang melampau terus menyalahkan orang yang melakukan dosa dan tidak memaafkan kesalahan walaupun seseorang itu bertaubat, kerana ALLAH walaupun dosa itu setinggi gunung, seluas lautan akan tetap ALLAH ampunkan kerana ALLAH maha pengasih kepada hambanya selagimana hamba itu tidak syirk kepadanya..

Jum sama2 mengejar JANNAH, kerana manusia itu tidak akan tahan dan tertanggung untuk merasai azab neraka ALLAH itu.. Jadilah kita hamba yang beruntung di akhirah sana, kerana ALLAH menyediakan nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia :)

"ALLAHUMMA INNA NASALUKA MINAL JANNAH WA NA'IMAHA WAMA YUQARRABU ILAIHA MIN QAULIN WA FI'LIN WANIYYATIN WA'TIQAD"

MAKSUDNYA: Ya ALLAH, kami memohon padamu syurga dan nikmatnya dan apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, perbuatan, niat dan iktikad kami..

AAMIIN, TSUMMA AAMIIN... :)

No comments: