Assalamualaikum.
Mana mungkin kita tahu bila hari pengakhiran kita di dunia ini.
Semua orang mahu menjadi ahli syurga, alangkah indahnya syurga hinggakan tidak dapat ditafsirkan oleh minda pemikiran manusia.
Jika ditimbangkan amalan aku, yang mana lagi berat???
Sungguh, aku tahu betapa banyak dosa aku. Kerana itulah, aku sering diduga dengan perkara yang tidak diduga oleh pemikiran aku. Sungguh sentuhan ujianNYA walaupun kecil namun kadangkala aku lupa ianya bukanlah suatu pengakhiran hidup cuma sebagai peringatan. Maafkan aku ya ALLAH, aku mengeluh panjang diatas semua ujian kecilMU. Astaghfirullah ...sungguh aku manusia yang dhaif.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment