~~PlaYlisT~~

Followers

Sunday, November 24, 2013

Cerita Anak Soleh bersama Ibu bapa yang bertukar rupa menjadi babi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cerita yang selalu aku baca dan akan aku muhasabah diri untuk terus berbakti kepada ibu bapa. Kali ini aku ingin kongsikan kisah anak soleh.

Nabi musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T .Setiap kali dia hendak bermunajat,  Nabi musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan ALLAH. Nabi musa sering bertanya dan ALLAH akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihan Nabi Musa yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari, Nabi Musa telah bertanya kepada ALLAH " Ya ALLAH, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku"

ALLAH pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung, serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, Nabi Musa berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam, baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukunnya dengan cermat.

Nabi Musa terkejut melihatnya, "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Nabi Musa pun terus menyoal lelaki tersebut.

"Wahai Saudara! Apa agama kamu?"

"Aku agama tauhid, menyembah Tuhan yang maha Esa." Jawab pemuda itu.

"Habis mengapa kamu membela babi? kita tidak boleh berbuat begitu". Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba'',kata pemuda itu. " Sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan ALLAH itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari - hari aku berbakti kepada ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.Aku bermohon supaya  Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.

Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.

"Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi kami"

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: " Oleh kerana dia telah berada di maqam anak soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".


~~FYI~~
Ini cerita lama yang aku copy masuk dalam fon untuk kongsikan kepada semua.
Maaf lupa address web yang aku layari, Di sini juga, mohon tuannya izinkan saya share kepada para pembaca moga menjadi aset akhirat kita.

(Jom jadi anak soleh!!!, moga kita juga boleh dapat maqam yang tinggi seperti saudara ini :).
  

No comments: