~~PlaYlisT~~

Followers

Monday, January 10, 2011

cuba berkarya..(^_^)

Riuh rendah rumah aku kali ini, riuh dengan tangisan anak sedara aku yang comel si NAF'AN, dan hiruk pikuk dengan HADIF dan ANASyang saling berebutkan kereta yang berbentuk kereta lumba merah itu.Tahun ini genap dua tahun Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat islam seluruh dunia, tiba-tiba aku ternampak basah kat riba, makin basah seluar slack yang aku pakai sejak semalam .Aku ambil kain sarong yang berada dekat dengan almari pakaian lalu aku kesat mata aku yang makin basah dengan air mata.

Sedang aku baring atas tilam  "HIR, mari turun makan sama-sama" renung Mak aku, aku tidak berganjak dari baring. "Hir, tahun ni dah genap dua tahun Hir tak beraya".mak tersekat-sekat ."marilah makan, nanti sakit pulak"..
sedang mak aku sentuh kepala aku, kepala yang dirasakan panas itu terus mak aku duduk merenung aku.
"Hir demam ke", kali kedua mak bertanyakan soalan yang sama.aku masih membisu juga.Mak bangun,"HIR,kalau nak makan nanti turun bawah tau, mak masak nasi kerabu, ketupat pun ada.nanti turun tau". aku mengangguk supaya mak aku cepat beredar.

Cepat-cepat aku bangun dari baring dan tutup pintu rapat dan menekan tombol pintu.
"YA ALLAH, jikalau aku ditakdirkan mati awal, aku sanggup YA ALLAH dari melihat mak aku bersedih begitu.YA ALLAH, biarlah kesakitan yang aku alami ini menjadikan aku seorang yang penyabar.
YA ALLAH, biarlah ujian ini memberikan aku tempat yang tertinggi disyurgaMU.YA ALLAH siapa sanggup hidup begini,hidup dengan penuh kesunyian, YA ALLAH adakah ini ujian atas kesalahan aku yang terdahulu.Jika kesakitan ini aku tanggunng seorang, aku sanggup YA ALLAH.Aku Sanggup YA ALLAH! .
titisan air mata jatuh juga walaupun aku menyeka berkali.
"YA ALLAH, abangku ditimpa juga dengan kesakitan yang entah datang dari mana ini,YA ALLAH, penyakit apa yang menyebabkan aku lupa semuanya ini YA ALLAH.

"Penyakit yang telah mengambil semua ingatan aku, Penyakit ini telah menyebabkan aku tidak dapat mengingati apa2 ayat suci al-quran yang mak aku ajar YA ALLAH.

Subuh pagi itu, aku bangun hendak menunaikan solat. Aku pergi ke tandas untuk menunaikan solat yang sudah hampir tamat.Aku Basahkan kedua tangan, aku angkat bekas air dan hendak meneruskan dengan rukun Wudhu' yang seterusnya."tung!! jatuh bekas air ke atas lantai,YA ALLAH!! aku terduduk seketika sebab  tidak dapat ingat apa rukun yang seterusnya.
tanpa fikir panjang, aku cuba sekali lagi.YA ALLAH!!! aku lupa terus apa yang aku perlu buat untuk ambil wudhu', YA ALLAH, aku ingat lagi tanpa sempat aku mencuba kali ketiga ingatan aku langsung hilang untuk berwudhu'.

"Ma( panggilan untuk ibu tersayang)," aku perlahan mendekati mak yang berada atas sofa sambil memegang YAASIN, aku nampak dia terkumat kamit membaca al-quran ,tapi aku juga lupa terus apa yang dibacanya tadi.Tulisan Y A A S I N, nampak jelas meyakinkan aku yang mak membaca YAASIN,
",dah solat??waktu subuh dah nak tamat ni." aku mendiamkan diri tapi sambil itu memegang tangan mak,
"orang dah lupa nak solat",itulah detik terakhir aku menyentuh air untuk berwudhu' disebabkan aku terkena buatan orang,buatan orang yang sangat mendengkikan kebahagian orang lain.

seketika selepas itu, aku tertidur dan meneruskan perjalanan hidup dengan terus berharap agar penyakit ini ada penawarnya.



ALANGKAH BAHAGIANYA,
JIKA AKU HIDUP SEPERTI MEREKA WALAUPUN SATU HARI,
JIKA AKU DAPAT MEMBUATKAN IBU BAPAKU BAHAGIA,
JIKA AKU DAPAT BERTEMU KAWAN-KAWAN LAMA,
JIKA AKU DAPAT BERMAIN BERSAMA ANAK BUAHKU,
JIKA AKU DAPAT ............(SOB3X)


MENCAPAI IMPIAN INI............

No comments: